:: Salam Perjuangan ::

Wednesday, May 11, 2011

Hari Penuh Barakah :)

Salam mawaddah terindah buat para pencintaNya dan pencinta kekasihNya, sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad SAW. Saya mulakan entry kali ini dengan pujian yang tidak terhingga buatNya yang memberi peluang dan ruang kepada kami untuk merasai hangatnya rasa mahabbaturrasul. mahabbatullah. insyaAllah. Allahu Akbar.


Hari ini. 10/05/2011. 2 jamadilakhir 1433 H.
Hari yang penuh barakah.
Langit bersinar cerah
Bintang tersenyum indah.
Turut sama mengalunkan qasidah.
Tenggelam dalam asyiknya cinta
Kepada Sang Kekasih. Jasad yang paling mulia,
Rasulullah SAW.


Alhamdulillah. Bumi tarbiah bainun hari ini dikunjungi sekali oleh lagi oleh Asy-Syeikh Rohimuddin An-Nawawi A-Bentani. Teringat kunjungan kali pertama Syeikh tahun lalu ke sini. dan alhamdulillah kami berpeluang lagi bertemu jasad. bersua muka. alhamdulillah. peluang dan ruang bersama mereka yang dekat dengan Allah ini tidak kami persiakan. Subhnallah Walhamdulillah Walailahaillallah WallahuAkbar. terima kasih ya Allah atas pertemuan penuh barakah ini. Allah.


Majlis dimulakan pada petang ini di Surau Al-Ghazali. Syeikh mensyarahkan ilmu tauhid melalui kitab Pengantar Ilmu Tauhid. masyaAllah begitu halus sekali Syeikh menghuraikan sifat 20 Allah itu satu persatu. Tentang sifat Ma’aninya. Sifat SalbiyyahNya. Sifat NafsiyyahNya. Menurut Syeikh, daripada sifat 20 Allah itu, terdapat sifat yang dinamakan Sifat Salbiyyah yakni sifat Allah yang mutlak dan tiada pada makhluk seperti Qidam (sediakala), Baqa' (kekal), Mukhalafah lil hawadith (menyalahi dgn benda yg baharu), Qiyamuhu binafsih (berdiri dengan sendiri), Wahdaniah (Esa/tunggal).


Selesai kuliah dan pengijzahan kitab, kami solat maghrib berjemaah di Al-Ghazali. Usai solat, kami semua ke dewan besar untuk meraikan rasa cinta kepada baginda SAW melalui malam mahabbah rasul dan pelancaran buku qasidah. Allahu Akbar. Hidangan halwa telinga. Bait-bait qasidah memuji baginda. Menusuk-nusuk rasa kerinduan yang teramat kepada Sang Kekasih. Air mata mengalir deras. Hati seperti ditusuk besi. Sakitnya menanggung kerinduan. Merindukan pertemuan denganmu Nabi. Adakah dirimu sudi memandang kami yang mengaku cintakanmu tetapi amal perbuatan masih belum membuktikan? Allah T_T


Para mujahid sedang mengalunkan qasidah..... BAINUN MAULID ESSEMBLE

Bergetar urat nadi. Berdebar rasa hati tatkala alunan-alunan qasidah berkumandang. Air mata tidak tertahan-tahan lagi. Ya Rasulullah. rindunya dirimu dengan pertemuan dengan umatmu. tetapi bagaimana dengan kami ya Rasulullah? engkau begitu mencintai kami. merindui kami. sehinggakan para sahabat jua cemburu kerana kasihnya dirimu terhadap kami semua. Allah.


Pada malam ini juga syeikh berkenan melancarkan buku qasidah pertama keluaran BKS IPG KTB. alhamdulillah. jelas kelihatan manik-manik jernih di pelupuk mata beliau. beliau sgt-sgt terharu kerana adanya usaha-usaha sebegini untuk meletakkan hiburan jiwa yakni qasidah2 memuji baginda SAW dari sosok-sosok pemuda. Allah.

air mata Sang Guru...

pelancaran buku qasidah PENAWAR RINDU~

Pada malam ini juga Syeikh telah menamakan kumpulan qasidah IPG KTB dengan nama Ihya'. Allahu Akbar. semoga bisa menghidupkan hati-hati yang mendengarnya untuk terus mencintai baginda SAW serta mengamalkan ajaran baginda. moga ia juga bisa melembutkan hati yang keras. melenturkan jiwa yang tegar. insyaAllah.


BAINUN MAULID ESSEMBLE kini........ AL-IHYA' MAULID ESSEMBLE :)

Majlis berakhir kira-kira pukul 11 malam. Usai solat isyak. Buku penawar rindu segera dicapai. Perlahan-lahan bibir mengalunkan bait-bait cinta kepada Baginda. Hanya beberapa bait, air mata kian deras membasahi pipi. Hati dirasakan dirobek-robek sembilu rindu. Rasulullah. Aku rindu. Sungguh aku rindu. Jari-jemari ditarikan di papan kekunci.


ingin kukongsikan rasa ini buat mereka yang tidak bersama. facebook di'log in'. status di'post'. wall2 di facebook sesak dengan luahan rasa rindu, cinta pada baginda SAW. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana berpeluang bersama-sama dalam majlis yang penuh keberkatan ini.

saya turut meluahkan rasa itu.

~tenggelam dlm hangatnya cinta kpdNya dan cinta kekasihNya, Rasulullah SAW. saksikanlah ya Allah kami berkumpul pd malam ini dgn rasa kerinduan yg teramat sgt kpd kekasihMu, Muhammad SAW. biar kering sekalipun air mata ini, biar luluh sekalipun hati ini, masih belum dpt membalas jerih perih yg dilalui baginda untuk umatnya yg dicintai. sungguh kami rindu T_T~
 [malam mahabbah rasul & pelancaran buku qasidah 10/5/2011]


PENAWAR RINDU........buatmu, Rasulullah SAW

Saturday, May 07, 2011

Kata Ustaz Guru Tu Mcm Petani :)

salam perjuangan buat para du'at kekasih Allah. apa khabar imanmu? bagaimana dengan mutabaahmu? moga terus dikuatkan hati dan dikentalkan jiwa untuk terus bermujahadah melawan kehendak nafsu yang cenderung kepada mazmumah. insyaAllah.


minggu2 akhir sem neh pelajar sem5 agak sibuk.
fail2 ISL.kehendak2 MQA.preparation for the next Exam.
barang2 nak dibawa ke rumah sewa.

juga taklifat yang sentiasa tergalas.
anak-anak binaan usrah.
gerak kerja da'wah dan tarbiyyah.
sibuk je memanjang. haih.
apalah yang dikisahkan sangat dengan kesibukan di dunia sementara neh.
jika nak dibandingkan dengan kerehatan yang berpanjangan di akhirat sana. Allah.

semasa duk kemas2 fail,brg2.
tiba-tiba sehelai kertas A4 terkeluar dari fail.
cam nota kuliah pun ada.
ya nota kuliah ARAB tapi dirojakkan dengan tulisan RUMI. haih.
boleh plak gtu >_<'

cmna ea nk gambarkan sai nota tu (perlu ke?)


xdela smpy xtreme cm nota neh.haih

ape2 je la. back to the story.

mata saya tertarik pada bait-bait coretan di nota kuliah tu.
(jadi pjg sket sebab sy elaborate :) )


guru ini seperti petani.
dan anak murid itu seperti biji benih.

petani menyemai biji benih di tanah yang subur.
petani menjaga.membaja,menyiram biji benih.
agar kelak bercambah menjadi pokok yang baik.berguna.

begitu juga guru.

guru membentuk murid-murid di sekolah.
guru mengajar.mendidik.menunjukkan salah betul kepada murid-murid.
agar kelak membesar menjadi insan yang baik.berguna.

(berbalik kepada petani)

apabila biji benih tadi mula bercambah menjadi pokok
timbul ujian dan cabaran lain
serangan serangga perosak.
rumput rampai yang menghalang tumbesaran yang baik.

petani segera mencari penawar
untuk menghapuskan serangan perosak.
mencabut rumput-rampai yang kian meliar.
agar poko itu dapat terus bercambah dengan baik
dan hidup subur.

begitu juga guru.

apabila anak murid yang dididik mula dibentuk
timbul ujian dan cabaran lain
serangan anasir2 luar.
masalah sosial.hedonisme
yang cuba menghalang pembentukan yang baik.

guru segera mencari penawar
untuk menghalang ia dari terus membarah
nasihat yang baik. sokongan yang berterusan.
membawa murid ke pangkal jalan
agar murid itu dapat terus membesar dengan akhlak yang baik.



Allah. besar tanggungjawab guru kan? tidak kira
guru ka, ustazah ka, ustaz ka, teacher ka. sir ka.
its bring the same meaning.
also the same responsibility, rite?

tugas guru bukan hanya mendidik. mengajar.
tetapi guru itu membentuk adab, mentarbiyyah,
membawa murid dekat dengan Pencipta :)

Rasulullah SAW sendiri seorang 'guru'.
hasil tarbiyyah secara langsung dari Allah.
baginda mentarbiyyah para sahabat.
dan proses ini berterusan sehingga ke hari ini.

jom contohi baginda Rasulullah SAW dalam mendidik :)
InsyaAllah.

teristimewa buat ust Bahasa Arab sy, ust Rahim:

terima kaseh atas pencerahan dan analogi guru itu.
sungguh saya belajar sesuatu.

nak jadi ustazah yang baek untuk mujahid2 dan mujahidah2 kecil saya nanti.


bolehkah? insyaAllah. doakan saya ya sahabat2 ^_^



Tuesday, May 03, 2011

Bicara Sosok2 Matang :)

salam mahabbah fillah duhai ansarullah, kekasih Allah. berbicara lagi kita di ruang maya ini. ruang yang mendekatkan kita yang jauh. dan merapatkan yang dekat. apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan? apa cerita teman-teman sepermainan? moga terus dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan dan urusan. insyaAllah. :)

entry ini dimulakan. bismillah :)

petang yang indah.
langit yang cerah.
bicara hikmah.
mengukir senyuman yang tak sudah.

^_^

alkisah~~~~

petang neh along ajak makan kat luaq.
depan maktab je ^_^
pas order makanan cm besa.
sebat kopok ikan dulu. sedap~~~

hehe. ateh mula bicara.
tikah menambah.
along memurnikan lagi.
tips menjaga penampilan diri.mahar.mas awen.hantaran.
(dalam hati: matangnya depa neh..hehe)

 alhamdulillah.
 dengar khabar ramai bakal mengakhiri zaman bujang.
tahun depan. insyaAllah.
ya Allah permudahkanlah urusan mereka.
insyaAllah buat diri juga.
ameen~ ^_^'


...............korum bertambah....................


qila dan adeq singgah makan sekali.
baru selesai uruskan keje2 binding INTEL.

perbincangan kian rancak.
walimah.barang kemas.
dinar masa depan.dirham permulaan.
matang.matang.




(cenyum saya memerhati..hehe)


saya pun rancak gak.
rancak makan.
tak berapa pandai nak menyampuk.
kena berguru lagi neh.hehe.
^_^'

tumpang gembira.
saya?
belum ada perancangan.
keje dulu kot.
saya belum ada gaji sendiri.
mak ayah lum pi haji.
adeq2 lum beh ngaji ^_^

doa saya.
buat diri dan sahabat2 dikasihi.
moga Allah permudahkan urusan jodoh ini.
DIA lebih tahu apa yang terbaek buat kami.
insyaAllah.


nak quote kata-kata yang saya suka. buat renungan kita bersama ya ^_^ :


Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI...


insyaAllah. buat mereka yang telah mengakhiri zaman bujang moga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurgaNya. ameen~ moga dikurniakan sakinah. mawaddah wa rahmah dalam melayari bahtera bersama.^_^ ameen~
buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga ^_^ tahniah. jangan lupa jemput saya taw. nak mek keberkatan. hehe. moga rumah tangga yang dibina mendapat redhaNya dan menambah rasa cinta kepada Sang Pencipta Cinta. insyaAllah ^_^ ameen~

Tuesday, April 26, 2011

Gelombang Keadilan :)

ukhuwwah berpanjangan..tarbiyyah berterusan :)

Bernafas kembali di alam maya. Kesibukan praktikum, UAK, Dsyifa’ mengekang sedikit diri ini dari menarikan jari-jemari di papan kekunci.


Usai pulang dari kem nuqaba’ adik2 Al-Mashoor.
Kesibukan, kesempitan waktu yang ada sedaya upaya cuba diinfa’kan untuk berkhidmat. Subhanallah. Kagum saya pada sahabat2 seperjuangan. Bersengkang mata, berhabis tenaga untuk mencurahkan ilmu yang dimiliki buat perkongsian adik2 nanti. :)


Walaupun tidak dapat mengikuti kem sepenuhnya, tetapi waktu yang sepicing bersama mereka tetap melakarkan kenangan yang abadi.


Hehe. Tiba di sana.
Mula menyibukkan diri yang tidak sibuk ;’p


Download video untuk slot muhasabah
Lekat dan susun replika batu nisan
Bawa lilin tyme keranda ‘dijalankan’. ~_~


Hehe. Pun begitu, seronok sangat .
Menghabiskan hujung minggu bersama bakal-bakal mujahidah
Penyeri syurga Allah.


sosok mujahidah harapan ummah..insyaAllah


Sayu hati ketika hendak ‘berpisah’.
Tiba-tiba telinga saya menangkap satu lagu latar yang dipasang ketika kami bersalaman..salam mahabbah fillah.. insyaAllah..


Gelombang Keadilan dari Shoutul Harakah.

Menaikkan semangat para mujahid.
 Peninggi kalimah thoyyibah.. Lailahaillallah
Allahu Akbar!


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati


Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera


Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga 



*******************************************************************************


Terasa getaran di setiap urat nadi saya saat lagu ini berkumandang. Para mujahid dan mujahidah yang melalui satu proses yang dinamakan TARBIYYAH takkan gentar untuk menegakkan kebenaran. Di hatinya ada DIA. Hanya kepada DIA diri diabdikan dan hanya kepada DIA pertolongan dan rayuan dizahirkan. Subhanallah.


“JANJI ALLAH ITU PASTI”


Yakinlah kemenangan mutlak itu tetap milik Islam. Dalam meraih kemenangan itu, kita sedang dinilai olehNya adakah ada di antara kita yang benar2 mahu Islam itu diletakkan di atas. Bagaimana? Bersatulah. Atas nama satu ‘aqidah.satu anutan.satu Tuhan.satu perjuangan. insyaAllah :) Takbir!

Tuesday, April 12, 2011

Sukanya Menjadi Guru :)

Institut Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Kerana Set Induksi :)


"Esok ustazah nak tengok pengajaran berpasangan kamu."

 ~ terngiang2 kata2 guru pembimbing saya kepada saya dan husna.
alamak nak mengajar apa neh? RPH dan borang2 bnyak lagi nk disetelkan.

tup.tup dapat lak panggilan dari ustaz zambri, pensyarah pembimbing kami.

 "esok kalau xde hal, ust nak mai tengok kamu."

hadoi 2 in 1 lagi. bersedialah.......huhu

fikir punya fikir. check jadual. mahu tidak mahu kami akan mengajar Tahun 6D, kelas paling bijak kat sekolah tu. oh. BERSYUKURNYA. ~_~ huhu (dalam hati risaunya jika dah xde modai nk goreng dlm pengajaran nnti sebab TERLALU BIJAK)

setel check semua, nmpaknya kami akan mengajar "Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar". sudah..nk buat induksi apa neh?


3D ? Seminggu kot baru leh siap..
2D ? memang benda wajib. tapi kat langkah pengajaran nnt la..
Video? Nak tayang kat mana? ada white board putih bersih je lam kelas tu.. LCD xd..
Puzzle? da berapa kali da asik men benda tu. haih. depa da boleh hafal da step tu T_T
bawak depa p tengak sungai? banyakla wak punya 'idea bernas' cik penulis uii


ahha...... lagu alam sekitar!!! cam CARE pasang kat dewan dulu tu. cam ringtone encet aqilah tu... :) TETAPI...... speaker cm na ea? xde la pulak..husna pom xde..

okes. malam neh p intai kat econsave~ o yea~



lalalalalalalalalalalala~ (ngah berjalan2 kat econsave). wow! wow! wow!
wafer,jagung cup,yogurt..nyummy (nampaknya niat asal mula melencong dari landasan...hadoii)


okes.perbtui balik niat. sampai kat kedai komputer.

'abg, speaker ada x?" <----- soklan pe neh. yang berlambak depan mata tu apa? len la kalo tanya sayur ada ke x, basikal ade ke x? ferrari ke. mesti xdan beh soklan, dy sapu keluar dah dari kedai. haih.

"ada..ada..tu kat rak" sabaqnya abg tu. maklumlah customer first. eh. customer always right.eh. apa2 je la...

mata mula melilau-lilau sana sini. mak aiiiiiiii....dekat seratus kot. neh speaker komputer ke speaker balai raya neh. seratus tu. boleh beli 2 set RFC Family kot. dah tu dapat tupperware raya free lagi.warna ungu. (dengan kaler lagi tuh 8-) )


(agak2la..kalau pakai speaker segala bagai gini, leh dpt full mark x tyme observe??? hehe)


xpa.xpa. mata menangkap pada satu speaker. kecik dan comel. arap2 da kecik lagi murah. hehe :) apalagi terus pi tanya harganya. bajet nak beli la.

yang neh 50 henget... trr~ 50 hengget? miau~ berapa pinggan nasik goreng kampung+telor mata leh beli neh? siap leh tambah ngan keropok ikan lagi.. (kedai depan maktab..cuba la rasa..sedap)

haih. kembali ke pangkal jalan. 50 hengget..hurm xberapa mampu la.. xde ke yang 15 hengget ke 20 hengget ke..huhu (neh bukan pasaq malam la.haih)

keputusannya xjadi beli. sob.sob. hadoi. nak wat set induksi apa neh? lagu tu je yang termampu pom.

balik umah husna. tiba-tiba teringat. hurm cuba tanya kak j-qaf tengok kot2 depa ada. leh pinjam kejap. nombor segera didail.

........................... beberapa minit kemudian .............................

:'( e'eh salah ikon la.. :') hehehe alhamdulillah ada..terima kaseh ya Allah yang memudahkan urusan kami. tiadalah daya kami atas segala sesuatu..

okes plan diteruskan. laptop di'on'. broadband di'cucuk'. mr google memainkan peranan. pas baton kepada mr youtube. real player download. alhamdulillah :)

................................................................................................................

neh dia lagunya :) yuk sama2 dendangkan..syaratnya mesti dengan penghayatan baru ada class :) 

Indah Bumi Kita - Mirwana & Shahidan


Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir

Hijaunya nusantara
Menyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa


Tetapi oh mengapa
Ada saja balanya
Cemari bumi ini
Indahnya dikotori


Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dicemari
Keindahan bumi tak lagi dinodai

Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir


Hijaunya nusantara
Menyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa


Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dicemari

Jangan hancurkan
Sayangi bumi kita
Hanya satu satunya
Biar terpelihara

Indah permai bumi kita
Damai sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir

Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi Tak lagi dicemari
Keindahan bumi Tak lagi dinodai
Keindahan bumi tak lagi dicemari
Keindahan bumi tak lagi dinodai


...................................................................................................................

alhamdulillah. selesai sudah pengajaran kami pada hari ini. yang penting murid-murid dapat menghayati mengapakah kita perlu beradab dengan alam. menjaga kebersihan sungai, alam sekitar. ia adalah anugerah Allah buat kita. tidak mahukah kita menjadi hambaNya yang bersyukur? Allah.

Friday, February 18, 2011

Sirah Menyuntik Himmah



Salam perjuangan buat mujahid dan mujahidah harapan ummah,


pembela agama Allah. insyaAllah :) 


Subhanallah, sungguh! tercapai rasa di hati dengan sentuhan pena ini.dengan ini kutitipkan
bicara hati ini seia semaksud dengan apa yang ingin kutitipkan buatmu adik-adikku.


Alhamdulillahi rabbil alamin, Allah yang memberikan nikmat hidayah dan islam.


Selawat dan salam pada Rasulullah SAW yang menunjuki jalan berduri namun manis ini.tentu menyelami sirahnya takkan pernah habis dapat digali mutiara berharga di dalamnya. Serta mendalamkan cinta kita buat baginda SAW.


Dunia dakwah dan tarbiyah kita ini sangat banyak mengajar kita akan sebuah kehidupan yang panjang, warna warni dan tentu misteri..


Kadang-kadang kita rasa jalan yang kita lalui ini pasti mencapai kejayaan.


Tatkala melihat wajah naif anak binaan kita memandang kita penuh syahdu, meminta-minta jirusan hidayah ke dalam kekontangan hati mereka. Maka kita gembira melihat mereka mengelilingi halaqah kita. Kita merasa seronok berkongsi apa yang menjadi keindahan buat jiwa kita.


dunia Islam, tarbiyah dan dakwah.


Dan kita tanam pada jiwa mereka, mereka perlu menjadi pewaris kepada dakwah ini, agar mata rantai islam takkan terputus-putus. Kita berharap sangat akan ada pewaris kepada tugasan Rasul ini..

  
Namun, sedetik itu jugalah Allah yang memegang hati manusia ini membolak balikkannya.


Dan diri kita tersadung, terjelepuk serta terkedu. 


di mana silap kita sehingga mereka terus berpaling dari kita?


Bagaimana agaknya Rasulullah, kekasih kita tatkala melalui kota Thaif.


dengan sandalnya.


dengan panas teriknya.


mungkin dengan seekor unta menjadi peneman,


dengan kepayahan lamanya perjalanan.


Baginda berjalan, penuh berharap,


penuh dahaga dan lapar,


kiranya ada tuan rumah sudi menerimanya bertandang,


bukan sekadar memberi roti dan air,


namun mahu menadahkan telinga mendengar kalimah sebuah risalah.


bayangkan Rasulullah, berjalan adikku…


berjalan…

berhari-hari,

penuh penat,

penuh harap,

akan ada manusia mendengar risalahNya..


Namun hadiah mereka kepada baginda adalah batu-batu kerikil yang menghunjam ke tubuh baginda yang suci itu!


Batu-batu yang melukakan kaki dan tubuhnya!!…


Kesedihan apa lagi yang paling dahsyat selain dari itukan? (Tak dapat bayangkan kita di tempat Rasulullah SAW kan?)


Sehingga malaikat terus menjadi marah dan geram pada Thaif, dan lantas mahu menebalikkan bumi Allah itu.


dan Baginda hanya berkata :

‘ Jangan, mungkin anak cucu mereka pasti akan menerima risalah Allah ini…’


Ya Allah,selawat ke atas manusia suci itu yang menanggung sengsaranya emosi dan fizikal di jalan dakwah ini.


kerana cintanya pada Allah, dan risalah ini,


baginda berjalan menempuh perjalanan yang panjang, penuh sukar..


kerana mahu manusia merasai apa yang dia rasai dalam jiwanya yang sasa itu…


Merasai nikmat sebuah hidayah Islam..


Nikmat mengenali Rab, Ilah dan Khaliq sekalian alam; itulah Allah rabul jalil..


Nikmat keluar dari belenggu jahiliyah yang sempit, kepada keluasan Islam tanpa batas…


walaupun terpaksa berhadapan dengan sakitnya hati, jiwa dan fizikal kerana tentangan Thaif,


namun atas nikmat itu, dirasai ujian itu terangkat, dan dilupai terus! Tak mahu langsung dibalas oleh bantuan malaikat.


Kerana nikmat itu!


Dan kerana nikmat itu jugalah, kita tempuhi jalan ini,


Penuh mehnah, ranjau, kepayahan, kesusahan, keperitan dan kepedihan.


Dan kita datang, saban minggu, mengajari mereka, mendidik mereka, dan mereka memberi harapan pada kita, bahawa mereka mahu tsabat di atas jalan ini.


Namun takdir Allah menentukan, akhirnya mereka pergi jauh dari kita..


membawa diri,

mencari identiti

dan makna diri,

tak mahu terikat pula dengan ‘belenggu’ islam/dakwah/tarbiyah ini..

dan akhirnya mereka makin jauh, dan amat sukar digapai oleh kita.


dan tentu kita amat sedih dan tertanya-tanya : apa salahnya pada tarbiyah kita berikan pada mereka?



atau adakah ini balasan Allah pada dosa-dosa kita?


pada kurangnya tahajud, hafazan, dan tilawah?


atau kerana kita lupa sangat-sangat..


yang sebenarnya kita mahu mengajak mereka mengenali allah, meletakkan ubudiyah mereka teratas kepadaNya.cuma yang kita fikirkan mungkin, kita nak sangat pelapis di jalan dakwah ini.( sebab kita sangat sedikit, dan kerja dakwah sangat banyak, dan kita nak ramai orang tolong dakwah ini….!!)



dan tentu kita nak mereka rasa, bestnya hidup dalam dunia dakwah ini!, dunia yang memang memelihara kita dari lagha dan kepenatan hidup di dunia.


ataupun inilah dia….



supaya kita rasai sangat, apa yang Rasululllah rasai di Thaif



dan Rasul2 yang lain rasai di sepanjang perjalanan hidup mereka..



Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (2:214)


Tentu juga kerana Allah mahu menyucikan jiwa kita dan membuatkan kita betul-betul faham, kenapa kita buat kerja dakwah ini.


makin kuat kita diuji, makin dalam kefahaman kita di atas jalan dakwah ini, dan makin dekat kita dengan Allah, serta tsabat insyaallah.


dan tugas kita hanya memberikan peringatan, mengajak mereka mengenal jalan yang lurus dan benar ini. Jalan yang pasti menghantarkan kita semuanya ke syurga insyaallah.


namun memang lumrah, ada manusia menerima, ada yang menolak.


dan apa yang kita dapat pelajari di sini adalah, tebarkanlah jala dakwahmu sebesar mungkin, namun berdoalah agar hidayah itu sampai pada mereka, dan berkekalan di dalam jiwa mereka.


di dunia ini, berapa ramai sahaja yang akan menjadi pekerja Allah.


lebih ramai yang menjadi penonton semata-mata.

tak apalah jika Allah extractkan pada kita, kualiti manusia yang benar-benar Allah pilih untuk mengembani risalah ini. Moga-moga mereka akan dapat mengukuhkan saff Hunain kita ini.


Ingatlah ketika ramainya musuh menyerang hendap kaum muslimin di medan perang Hunain, ribuan orang muslimin di tika itu bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana terkejut bangat diserang tiba-tiba.


sehinggakan Rasulullah berteriak:

‘Wahai orang-orang beriman!!! Aku ini Rasulullah!! Aku ini Rasulullah!! Muhammad bin Abdullah!!Maralah bersama aku!!’



Kerana ketakutan yang amat, mereka tidak mendengar kata-kata baginda, sehingga Abbas terpaksa berteriak pula kepada mereka,


Wahai kaum Ansar! Wahai pasukan yang berbaiah di bawah pohon samurah (sewaktu perjanjian Aqabah)!



Lantas ada yang terdengar dan terus menyahut:


ya! Kami sedia menerima arahan!

Sehinggakan ada dikalangan sahabat yang untanya tak mampu untuk berpusing semula ( barangkali kali takut juga?) turun dari untanya dan berlari mendapatkan Rasulullah.


dan tahukah adikku, berapa ramai sahaja yang terus menerajui peperangan Hunain itu dan memperolehi kemenangan?



100 orang!



ya, dua kosong, 100!



dan bilangan asal tentera Islam adalah 12000 orang. 10000 adalah dari kaum madinah, dan 2000 adalah orang yang baru masuk Islam setelah fathu makkah.


Ya Allah, itu kiranya 0.1% je !!


dan akhirnya Allah turunkan rasa takut musuh kepada orang mukmin walaupun teratmatlah sedikit orang mukmin di tika itu. Dan atas dasar taqwa dan iman kepada Allah itulah, akhirnya mereka menang di Hunain.


Allahu akbar!!



Kiranya, cukuplah dapat kita cari 0.1% itu! Mereka yang dapat bersama kita memikul beban dakwah ini bersungguh-sungguh hingga ke penghujung hayat mereka.


dan tentu kita perlu tebarkan islam pada semua orang, tetapi jangan kecewa jika kita hanya mendapatkan 100 orang dari 12000 orang kita ajak.


ataupun 1 dari 100 orang yang kita ajak.


tak apa… Allah memilih hamba-hamba yang mahu diwariskan risalah ini.


Berdoalah,kita yang beramal,keputusannya Allah yang beri.


mungkin dengan tak ramai pengikut ini, Allah nak bersihkan hati kita dari rasa bongkak, takbur dan yakin diri, supaya kita betul2 rasa, adik2 yang dapat menjadi pekerja dakwah ini, bukanlah kerana tangan kita pun yang mendidiknya,tetapi kerana hidayah Allah semata-mata.


Wallahualam.

:: sebarkan da'wah, semarakkan ukhuwwah ::