Salam perjuangan buat du’at yang masih setia di jalan da’wah ini. Masih tegar meredah mehnah. Masih jitu memperkuat mujahadah. Masih kuat melawan ananiyyah. Da’wah yang menuntut sepenuhnya tadhiyyah.Allahu Rabbi.
Tinggal kurang 24 jam, saya akan kembali semula ke bumi tarbiyyah bainun. insyaAllah. Bumi yang melakar pelbagai kisah. Bumi di mana saya mengenal erti perjuangan. Mengerti tuntutan pengorbanan. Melalui jalan-jalan pentarbiyyahan. Juga menjalin ukhuwwah yang berpanjangan bersama sahabat2 seperjuangan.syukur padaMu ya Allah.
cepatnya putaran waktu itu~ |
Cuti ini kian di penghujung. Sebulan cuti tidak terasa ia berlalu. Minggu pertama cuti, saya dan sahabat2 dikehendaki menghadiri kursus pentauliahan PPIM bagi membolehkan kami mendapat sijil untuk menjadi guru pemimpin PPIM di sekolah nanti. insyaAllah. Suatu pengorbanan yang menuntut mujahadah yang tinggi.
Apabila melihat sudah ramai sahabat bertolak ke kampung halaman masing. Hati ini dipaut cemburu. Wall-wall di facebook juga sesak dengan status-status “holiday”, “balik kampung” dan sebagainya. Alhamdulillah berkat kerjasama semua, kami telah ditauliahkan. Terima kaseh ya Allah yang telah memudahkan urusan kami semua. Alhamdulillahillazi bini’matihi tatimmu solihat~
Minggu kedua dilalui dengan pengalaman-pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan. Berada di dalam majlis bersama murabbi da’wah dan tarbiyyah harakiyyah. Subhanallah. Besar sungguh nikmat yang KAU kurniakan buat diri. Du’at yang mengintima’kan diri dengan harakah islamiyyah mestilah melengkapkan diri dengan 3 elemen ini. Ilmu.sufi.haraki. musafir kita mencari ilmu. Melalui jalan-jalan kesufian. dan majlis-majlis seperti ini akan menguatkan lagi ikatan hati kita dengan Sang Guru. insyaAllah.
Musafir ini juga merapatkan lagi ukhuwwah yang terbina atas dasar satu aqidah satu perjuangan. Kata ustaz, bila kita keluar bermusafir dengan sahabat kita barulah kita tahu bagaimana dirinya yang sebenar dan bagaimana pula diri kita di matanya. Kher. Memang sepanjang permusafiran ini, banyak yang saya belajar. Belajar menerima diri sahabat-sahabat seadanya. Belajar memberi sebanyak-banyaknya.
sahabat seperjuangan adalah harta yang sangat bernilai~ |
Minggu ketiga menyaksikan saya kembali ke pangkuan keluarga yang dirindui. Sunyi juga rumah kali ini kerana ketiadaan adik perempuan saya yang baru menyambung pelajaran di kota besar,KL. Adik lelaki saya, paan baru pulang dari Johor. Cuti sem. Sibuk dia bercerita. Menunjukkan trofi-trofi yang dimenanginya di institut. Johan futsal,sepak takraw. Katanya dia akan mewakili institut buka sem nanti. Dipohon doa untuknya. InsyaAllah kak akan doakan.insyaAllah.
Adik yang bongsu, dak ijan tuh dah semakin bulat pulak saya tengok. Hehe. Tak lama lagi cam abangnya si pait tu la.hehe. dak ijan neh tak dak keja len. Sibuk dengan kucin-kucinya. Awang. Abu. dan yang terbaru Adi. haih. Hehe. Konfius, mana kucin mana tuan kucin. Hehe. Ayah dengan hobinya; memancing. Menjala. Mak menjadi teman setia mendengar cerita-cerita saya. Cerita-cerita tentang perjuangan, tentang hati dan macam-macam lagi. Dapat meluahkan pada mak rasa tenang sangat. Dan mak pasti akan memberi respon yang menenangkan jua :)
4 hari baru berada di rumah, saya dikejutkan dengan panggilan telefon. Paan dan mak excident. Allahu Allah. Terkejut dan sejuk satu badan. Ayah dan adik-adik bergegas ke tempat kejadian. Saya dikehendaki menjaga rumah. Doa saya tidak putus-putus dipanjatkan padaNya. Moga tiada perkara buruk yang berlaku. Sejam kemudian. Ayah balik. Kata ayah, Alhamdulillah, mak xda apa2. Paan kena hantar ke hospital. Lututnya berlubang.Allah.kena jahit.mesti sakit.kesian paan.huhu. malam tu paan dah boleh balik. Tak sempat nak berbicara dengannya. Mata sudah mengantuk sangat.
Esoknya saya bangun awal untuk menolong mak berniaga. Minggu-minggu terakhir neh adalah khidmat saya untuk keluarga. Memasak, mengemas, membasuh. Kalau sebelum neh paan tolong mak, giliran saya pula untuk berkhidmat. Kesian kat mak nk buat kerja sorang-sorang.
Sembang-sembang dengan paan, tergambar riak sedih di wajahnya. Katanya dia sederhana dalam pelajaran, tp alhamdulillah dikurniakan kelebihan sedikit di bidang sukan. Namun, sekarang keadaan dah lain. Kata doktor, dia kena rehat setahun untuk pulih. Jauh dia merenung trofinya. Saya faham. Teringat dia suruh doakn dirinya untuk tournament akan datang. Bersabarlah adikku, Allah lebih tahu apa yang terbaek buatmu.
Sembang-sembang dengan paan, tergambar riak sedih di wajahnya. Katanya dia sederhana dalam pelajaran, tp alhamdulillah dikurniakan kelebihan sedikit di bidang sukan. Namun, sekarang keadaan dah lain. Kata doktor, dia kena rehat setahun untuk pulih. Jauh dia merenung trofinya. Saya faham. Teringat dia suruh doakn dirinya untuk tournament akan datang. Bersabarlah adikku, Allah lebih tahu apa yang terbaek buatmu.
Alhamdulillah dalam kesibukan untuk memberikan khidmat yang terbaek untuk keluarga, saya diberi peluang olehNya untuk berada dalam satu pertemuan bersama seorang murabbi yang sangat saya kagumi.Dan segala taujihat dan nasihat telah saya kongsikan bersama sahabat-sahabat dalam entry sebelum ini.
Terima kaseh ya Allah. Sungguh cuti kali ini bermakna sekali. Banyak pengajaran dan pengalaman mengitari hidupku. sungguhpun saya tidak berpeluang bersama sahabat-sahabat di bumi kelantan, berada dalam majlis para habaib, saya tahu, khidmat saya lebih diperlukan di sini.
Terima kaseh ya Allah. Sungguh cuti kali ini bermakna sekali. Banyak pengajaran dan pengalaman mengitari hidupku. sungguhpun saya tidak berpeluang bersama sahabat-sahabat di bumi kelantan, berada dalam majlis para habaib, saya tahu, khidmat saya lebih diperlukan di sini.
yang termampu saya buat, saya kirimkan doa buat sahabat-sahabat di sana. terima kaseh kepada kak hawa yang sudi berkongsi input yang didapati di sana. barakallahufik. insyaAllah.
**********************************************************************************************************
Lagi beberapa hari akan bermulalah semester baru di maktab. Cuti ini kian di penghujung. Ya Allah permudahkanlah urusanku, urusan sahabat-sahabatku untuk menempuh segala cabaran jua ujian dalam semester baru ini. insyaAllah moga gerak kerja da’wah dan tarbiyyah kian rancak. moga akademik juga sentiasa di puncak. insyaAllah. tak lupa buat sahabat-sahabat ipt lain yang masih bercuti. selamat bercuti. dan jangan sesekali benarkan iman kamu bercuti ya. manfaatkan cuti dengan program2 ilmu, kuliah2 dan khidmat untuk Islam. insyaAllah.
::sebarkan da'wah.semarakkan ukhuwwah::
::sebarkan da'wah.semarakkan ukhuwwah::