:: Salam Perjuangan ::

Saturday, December 04, 2010

Bermula Semula :)




Dah lama saya tak meluah rasa hati. Mencoret rasa jiwa. Menyampaikan hasrat sukma. Laman ini sudah usang bersawang, habuk tak bersentuh. Keterbatasan waktu bukanlah alasan. cumanya saya lebih banyak berkongsi di laman sosial, fesbuk. Diam bukanlah bererti menyepi, cuma kembali mencari identiti diri. Pada tujuan diri diciptakan. Pada nikmat adakah sebaiknya dipergunakan. Pada waktu yang seringkali saya kelapaan. Allah. 

Hari ini merupakan hari terakhir saya di maktab bagi sem ini, tahun ini. Sekembalinya saya pada hari ini, bermulalah khidmat saya untuk mak ayah di rumah. Terima kasih mak dan ayah yang sangat memahami kakak dan perjuangan ini. Terima kasih kerana menyokong kakak dan adik. Sungguh, kakak sangat bersyukur mempunyai kalian sebagai ibu bapa kami. Moga pahala sepanjang jalan juang kakak dan adik ini terbias untuk mak ayah juga. Ameen~

Apa yang dapat saya simpulkan, sepanjang sem ini banyak mengajar saya nilai ukhuwwah dan persahabatan, air mata yang banyak ditumpahkan kerana terlalu banyak berbuat khilaf denganNya, hakikat ukhuwwah yang sebenar-benarnya, jerih perih perjuangan yang didasari rasa cinta kepada Allah dan RasulNya, juga rahsia hati yang hanya Allah sahaja yang tahu. Semua ini banyak mengajar saya untuk mencicip sedikit makna tabah. Tarbiyyah yang cukup indah daripada Allah. Allahu Akbar. 

Seharusnya diri ini bersyukur. Masih diberi kudrat untuk sama-sama meneruskan risalah perjuangan baginda Rasulullah. Masih diberi kesempatan untuk sama-sama berfikir, merancang, menyusun perjalanan tarbiyyah dan thaqafah, Masih diberi peluang untuk sama-sama berada di saf para Ansarullah. Allahu Akbar! Moga amalan yang sedikit ini diterima di sisi Rabbul ‘Izzah. Ameen~

Buat diri dan sahabat-sahabat seperjuangan, seringkali diri ini merasa letih dalam perjalanan. Pesan seorang sahabat, bila merasakan begitu bacalah,hayatilah sirah Baginda SAW. Bila mengingatkan perjuangan baginda Rasulullah SAW, diri pasti akan rasa teramat malu. Penat lelah, letih payah yang dialami diri hanya sedikit cuma, jauh sekali dapat menandingi apa yang dialami baginda Rasulullah SAW. 

Hakikatnya, Baginda SAW yang memulakan perjuangan ini tidak pernah mengeluh sedikitpun malah redha menerima segala cercaan, hinaan, kesakitan demi nikmat Iman dan Islam yang kita nikmati secara percuma pada hari ini. Allah. Sedangkan diri ini hanya sebagai penyambung perjuangan Baginda, masakan mudah tewas pada ujian yang sekecil cuma, pada cabaran yang hanya datang menyinggah sekali sekala? Ya Allah, dhoifnya hamba T_T.



Ya Muqallibal Qulub Thabit Qulubana ‘ala Dinik.
Ya Musariffal Qulub Sorrif Qulubana ‘ala Tho’atik. Ameen~


Teruskanlah langkah juangmu wahai mukmin mujahid dan mukminah mujahidah! InnaLlaha ma’ana.Takbir! Allahu Akbar!



14 November 2010
11.43 am (2/18 Ceria)



Nota tangan kanan saya:

* Catatan ini saya coretkan pada hari terakhir saya di maktab tahun ini. Cuma pada hari ini baru saya berkesempatan untuk berkongsi. Terima kasih awak @ Mujahidah Izzah (: Uhibbuki lillahi ta’ala.insyaAllah.

2 comments:

Muna 'Izzah Md Isa said...

uhibbuki fillah kaman :)

yeay! lpas ni kna slalu update2.

miau.miau ^^

serikandi al-fateh said...

insyaAllah. maceh yea awak ^_^

sila beri tunjuk ajar ea.

siru 'ala barakatillah.

insyaAllah ^_^