:: Salam Perjuangan ::

Saturday, January 08, 2011

Mereka Yang Menginspirasikan :)

menyusuri desa perjuangan :)



Kenangan itu masih berlegar-legar di minda. Rindu saya pada kenangan lalu. Serasa baru semalam sahaja saya bersama mereka. Khidmat saya hanya sekecil cuma tetapi merasai manisnya berada dalam perjuangan ini adalah suatu anugerah besar dariMU Ya Allah.


Terima kasih Ya Allah. Kau pertemukan daku dengan mereka. mereka yang bersengkang mata saat orang lain tidur lena. Mereka yang sentiasa memikirkan hal ummah saat orang lain bergembira dengan kesenangan hidup di dunia. Mereka yang berkorban segalanya. menginfakkan diri, harta dan jiwa. Allahu Akbar.


Tinggal di rumah keluarga angkat walaupun hanya 4 hari namun saya dapat merasai ruh perjuangan dalam rumah itu. masyaAllah kagumnya saya terhadap mereka yang berjuang ini. Mengenali Pak long Mat dan Mak Long Wan adalah satu anugerah yang saya takkan lupa sampai bila-bila.


Dari cerita pak long, masyaAllah. Seawal umur 17 tahun, selepas pak long berhenti sekolah (sebetulnya diberhentikan kerana dasar kerajaan ketika itu tidak membenarkan murid lebih umur bersekolah) Pak long sudah mula terlibat dalam perjuangan Islam ini.


Mak long pula setia sebagai sayap kiri perjuangan, jatuh bangunnya pak long. Allahu Akbar. Pak long kini berusia 70 tahun. Namun, dia masih kuat, sepanjang hidupnya berkhidmat untuk perjuangan. Dengan kuda perangnya yang serba sederhana, pak long berkhidmat sana sini.


Di sini saya juga mengenali seorang wanita yang pada saya seorang wanita yang cukup menginspirasikan. MasyaAllah. Kuatnya beliau. Kematian suami seawal usia 36 tahun, pada ketika itu anak lelaki berusia 4 tahun tidak membuatkannya lemah. masyaAllah insan yang saya kenali dengan nama kak ani ini sangat cekal.


Kak ani banyak berkongsi dengan kami suka dukanya dalam perjuangan Islam ini. Siapa yang mengharapkan kesenangan dalam perjuangan mungkin masih belum terlewat untuk mempertimbangkan semula penglibatannya dalam perjuangan ini. Tegas di sebalik kata-kata itu. Perjuangan ini menuntut segala pengorbanan. pengorbanan masa, tenaga, harta dan jiwa. Inilah jalan yang dilalui baginda Rasulullah SAW. Penuh mehnah dan ibtila’. Penuh ujian dan cabaran. 


Pada malam hari, saya sempat beramah mesra dengan penduduk desa perjuangan ini. masyaAllah. Mereka bukan hanya seorang ibu yang melahirkan para pejuang, mereka juga adalah sayap kiri perjuangan suami, penggerak perjuangan ini. Siangnya dengan kerja menoreh, menyulam padi mereka. Malam hari memenuhi majlis2 ilmu, pengajian, usrah dan sebagainya. masyaAllah. Hebatnya makcik2 di sini. Mereka orang lama dalam perjuangan. Mereka telah melalui pelbagai ujian dan cabaran untuk memenangkan agama ini.


Terpukul saya. Golongan muda seperti saya hanya hebat melaungkan perjuangan di kampus-kampus, namun bila turun ke medan masyarakat, baru merasai suasana sebenar. Teorinya mudah. Praktikalnya? 


Bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan yang dikecapi pada hari ini. Lagi rumit untuk mempertahankan kemenangan yang telah dimiliki. Pengorbanan harta,jiwa sangat dituntut dari segenap peringkat hingga ke akar umbi. insyaAllah. Allahu Akbar!


::sebarkan da'wah,semarakkan ukhuwwah:: 

No comments: