Kurniakan daku insan yang bergelar zauj,
Pada waktu yang sesuai,
Waktu aku sudah bersedia memikul segalanya,
Dia, bukan sekadar zaujku,
tapi sebagai pakaianku, pakaian yang tiada koyaknya,tiada kotornya.
Aku inginkan seorang zauj,
yang mana cintaku padanya,
hanya kerana cintaku pada ALLAH.
Kasihku padanya, hanya kerana kasihku pada ALLAH,
Begitu juga dengan dia.
makin dekat aku dengannya, makin dekat aku dengan ALLAH,
Semoga cinta dan kasihku padanya,
menambahkan lagi cinta dan kasihku pada ALLAH,
Impianku,
aku nak bersama dengan zaujku nnti,
berjuang di jalan ALLAH,
sama-sama meninggikan agama ini,
Aku ingin menemaninya dalam tiap liku-liku hidup ni.
Aku mengimpikan di akhirat kelak,
masih dapat aku kekalkan rasa cintaku pada zaujku di depan ALLAH,
dan aku inginkan cinta itu hadir bersama cinta pada ALLAH,
Aku inginkan rindu itu hadir,
bersama rindu pada ALLAH,
kerana,
tiada yang lebih indah bagi diriku,
selain menjadi zaujah yang solehah buat zauj solehku,
yang bersama denganku,
menuju ALLAH,
yang bersama denganku mencari cahaya itu,
cahaya HAQ.
aku inginkan zaujku nanti,
bukan hanya sayangkan aku untuk hidup kerana ALLAH,
bahkan dia juga mengimpikan aku mati kerana ALLAH.
Sentiasa mendoakan matiku kerana Islam,
kerana tiada yang terindah menjadi muslim,
selain mati kerana ALLAH,
dan takkanku hentikan perjuangan ini,
selagi dua kaki ini, tidak menjejak pintu syurga.
2 comments:
Amen~ insyallah :) sbg seorg pencinta nabi... pencinta dakwah nabi (insyaallah)... teringin sgt sy memperistrikan seorg mejahidah seperti awk... mudah mudahan insyallah amen~
Allah..masih belum layak diri ini digelar mujahidah. insyaAllah. banyakkan berdoa. moga Allah memberikan yang terbaek buat kita semua. insyaAllah.
Post a Comment