:: Salam Perjuangan ::

Monday, March 15, 2010

Kembali Ke Pangkuan Mak Ayah (2)


Alhamdulillah.. penulis masih diberi peluang dan ruang olehNya untuk menghabiskan catatan perjalanan ini. Dalam taklimat Darussyifa’ semalam, tertarik penulis dengan penerangan oleh Tuan Haji Abdul Rahman, Pengerusi Darussyifa’ Pusat. Bagi mereka yang ingin berubat dengan perawat Darussyifa’ tidak perlu bimbang tentang soal bayaran kerana ia dilakukan secara "PERCUMA". Ini merupakan tradisi Darussyifa' yang telah diamalkan sejak dari dulu lagi, sesuai dengan pesanan pengasasnya, Tuan Guru Dr. Haron Din. Jika ada yang menghulur, wang tersebut dimasukkan ke dalam tabungan khas untuk pembiayaan keperluan operasi Darussyifa’.


Menurut Jawatankuasa Darussyifa’ Cawangan P.Pinang semalam, masih ada kekosongan tempat untuk mereka yang ingin berdaftar..jadi penulis ingin mengambil kesempatan utk pomot di sini..



PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA’)
KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’
KUMPULAN KE-2 CAWANGAN P.PINANG SESI 2010

Kuliah akan bermula 28 Mac 2010. Kuliah pengajian adalah 2 kali sebulan selama 1 tahun. Pelajar yang lulus akan diijazahkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din pada Majlis Konvokesyen.

MUSLIMIN/MUSLIMAT YANG BERMINAT BOLEH MENDAFTAR KEPADA URUSETIA BERIKUT SEBELUM 28 Mac 2010.

  1.  Ust Mairag Hj Saad : 016-432 3101 (Ketua J/K Pengambilan, Latihan & Konvokesyen
  2.  Ust Megat Fauzi Mohamad : 012-556 4406 (Bendahari)
  3.  Ust Fadzlee Daie : 014-302 4114 (Setiausaha Kerja) 

Dalam taklimat semalam juga, Tuan Haji ada menekankan tentang tujuan para pelatih memasuki darussyifa’. Tertarik penulis dengan bait bicaranya. Asas kita memsuki darussyifa’ini mestilah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk mengikis syirik/khurafat dalam masyarakat bukan untuk kepentingan peribadi atau komersil. Kita berkhidmat kerana Allah. Yang kita harapkan hanyalah Mardhatillah..Allahu Akbar..
Usai taklimat tersebut, lebih kurang pkul 6.00 petang, mak ngah sudah setia menunggu saya, husna dan liyana di perkarangan Surau At-Taqwa. Datangnya ditemani Mak Cik Ta..(adeq mak ngah yang sangat baik dan lembut tutur katanya..). Perjalanan diteruskan ke Mengkuang. Malam ini kami akan bermalam di rumah Mak Ngah..sebelum bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Saya di Kedah..Husna di Perak..Liyana di Selangor..


 * Sawah padi luas terbentang..menggamit anak desa bersegera pulang :')

(bajet tol la cik penulis neh..mcm la penang tuh joh ngat ngan kedah..)
Sampai di rumah Mak Ngah, seperti selalu pasti saya terhibur dengan tradisi dan kondisi keluarga Mak Ngah yang sangat mengalu-alukan tetamu yang datang. Layanan mereka, usik-mengusik mereka membuatkan kami tidak kering gusi. Walaupun baru beberapa kali mengunjungi mereka tetapi rasa kasih mesra antara kami semakin harum mewangi di taman hati. Kredit untuk Mak Ngah dan keluarga, saya pasti merindui kalian..huhu
Pagi Ahad, lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Mak Ngah menghantar kami ke Penang Sentral,Butterworth. Di sini.. saya, husna, liyana (lebih mesra dipanggil adeq) juga Mak Ngah, bakal berpisah..berpisah kami hanya sekadar jasad..di hati tetap kuat terikat..insyaAllah..

Saya : Husna, adeq jaga diri elok-elok na..Ana minta maaf atas semua salah dan silap ana. Terima kasih sangat..

Saya memeluk erat adeq disusuli dengan husna. Berat untuk saya lepaskan. Setelah mengharungi segala ujian bersama, tingkatan ukhuwwah ini dirasakan semakin utuh. Hikmah Allah itu terlalu agung untuk kita tafsirkan.


Husna : Ana pun jaga diri taw. Hati-hati semua. Husna pun minta maaf. Asik gaduh ngan Ana ja..


Tersenyum saya memikirkannya. Gaduh-gaduh sahabat, gaduh-gaduh sayang. :')


Liyana : Ada apa-apa mesej taw.K.. Jaga diri. Doakan semua selamat sampai. 


Perbualan ditamatkan. Perjalanan diteruskan.

Dari jauh kedengaran. "Aloq Staq..Aloq Staq..Aloq Staq".. 


Saya bersegera mendapatkan kaunter tiket Trans di hujung terminal. Wang dan tiket segera berpindah tangan. Saya memilih tempat duduk di tepi tingkap; melayan perasaan kununnya. (ngada2 ja..)
Bas meluncur laju menuju destinasi masing-masing. Alhamdulillah, semua telah selamat sampai dan saya sudah kembali ke pangkuan mak, ayah juga adeq2 yang dirindui… :’)

 


:: Asleh Nafsak, Wad'u Ghairoh ::

No comments: