:: Salam Perjuangan ::

Thursday, March 11, 2010

Salam Perjuangan


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.


Alhamdulillah dengan izinNya...akhirnya ter’update’ juga blog saya yang nampaknya dah usang bersawang pon..huhuw..Walaupun blog neh xsegah blog yang ada, simple past tense ja (penulis: pe perkaitannya? Hurm).. namun jauh di sudut hati saya yang kecil ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit ibrah, bingkisan mawaddah, tinta hikmah, cetusan islah, bicara ilmiah atau apa sahaja yang bermanfaah bersama sahabat-sahabat sekalian.. harapnya usaha kecil saya yang tidak seberapa neh dapat menyumbang sesuatu untuk perjuangan Islam, perjuangan Baginda Rasul yang sangat sy cintai. InsyaAllah.


Masih banyak tinta yang saya ingin saya coretkan, masih banyak rasa yang saya ingin kongsikan..cukuplah setakat ini buat permulaan. Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan tinta hikmah seorang Tuan Guru (Allahyarhamu) yang sangat saya kagumi dari segi semangat dan bait bicaranya, yang sehingga kini menjadi azimat buat diri kecil ini..


“ Perjuangan kita adalah perjuangan yang dimulai oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan akan terus disambung sampai hari qiamat oleh mu’min yang terakhir di bumi ini. Oleh kerana itu kita hendaklah kenal bahawa perjuangan kita (perjuangan Islam) walaupun bilangan kita kecil tetapi sebenarnya kita adalah merupakan satu kelompok yang besar yang dihantar Allah Subhanhu Wa Ta’ala ke dunia ini. Kita adalah penyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini. Oleh itu, yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan makhluk di bumi ini yang boleh menghalang dan menyekat perkembangan dan penerusan perjuangan Islam.”

~Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor~




Menulis dari:
Bilik Guru SK Baru, Parit Buntar, Perak.

:: Asleh Nafsak, Wad’u Ghairoh ::

No comments: