:: Salam Perjuangan ::

Thursday, January 06, 2011

Suntikan Semangat 2011



Salam setinggi ukhuwwah, sekencang da'wah.



Apa khabar sahabat-sahabat?



Semoga kita semua masih di jalan juang ini. Masih tabah walau diribut mehnah. Masih bersedia mencicip kemanisan tarbiyyah. Masih kuat menggenggam amanah da'wah. Masih teguh ditopang mujahadah. Tidak jemu. Tidak berhenti. Tidak lemah. Tidak lelah. Tidak futur di pertengahan. Tidak tumbang di perjalanan. insyaAllah. teruskan bergerak sahabat-sahabat. Jangan gentar. kita punya Allah dan RasulNya.insyaAllah.



Sedar tidak sedar tahun 2010 telah berlalu meninggalkan kita. Meninggalkan pelbagai kisah,cerita suka-duka perjuangan yang memaknakan kehidupan. Tahun 2011 sudah menginjak tiba. Sudah pastinya  tahun ini adalah tahun ini kita kembali berfikir dan bekerja untuk pembangunan jamaah dan penyempurnaan biah solehah mengikut waqi’ masing-masing. Kerja da’wah, kerja tarbiyyah ini bukanlah kerja sehari dua tetapi ianya berterusan hingga ke hari kiamat kelak. insyaAllah.



Teman seperjuanganku yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi,



Semakin bertambah tahun, semakin bertambah usia kita. Semakin lama dalam perjuangan, semakin banyak mehnah tribulasinya. Di sinilah kita harus kuat dan kental melalui. Ubudiyyah kita padaNya. Seharusnya bertambah seiring pertambahan hari dalam hidup kita. Bibir melazimi zikir. Muhasabah menguatkan mujahadah. insyaAllah.



Sekadar perkongsian buat teman seperjuangan. Suatu hari ketika saya bersantai di ruang maya, melawat-lawat blog-blog yang menginspirasikan jiwa, mata saya tertancap pada sebuah bait yang mengulit rasa, menyuntik sukma.



“Jangan kamu intima’ kemudian kamu duduk saja. Jangan kamu berukhuwwah sekadar untuk gembira dan membaja rasa. Jangan kamu meneguk tarbiyah sekenyang-kenyangnya kemudian kamu berdengkur lena mengeraskan ilmu di dada” – muharrikdaie



masyaAllah. Bermakna sekali baitnya. Mendalam sekali maksudnya. Intima’ dalam perjuangan bukanlah untuk mereka yang hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Menjadikannya hanya sebagai kerja sambilan. Sekadar mengisi kesenggangan dan kekosongan. Tetapi kerja da’wah dan perjuangan ini adalah kerja sepenuh masa. Full-time profesion. Setiap daie’ perlulah menanamkan prinsip ini dalam diri. Siapakah daie?

 
 "man qola Lailahaillallah fahuwa daie"


Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah dia adalah penda’wah



masyaAllah. Tugas menyeru manusia ke jalan Allah adalah tugas kita semua. Tidak Allah jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah padaNya. Menghambakan diri padaNya. Menyuruh kepada kebaikan. Mencegah kepada kemungkaran.



Moga permulaan 2011 ini adalah permulaan yang baik buat kita semua. Moga perjalanannya dan pengakhirannya juga begitu. Berdoalah pada Allah. Moga Allah thabatkan kita di atas jalan juang ini. Kerana kala mengisytiharkan diri untuk terlibat dalam perjuangan ini, ujian, cabaran, mehnah, ibtila’ umpama rencah yang tiada berkesudahan buat sang pejuang. Kisah seorang demi seorang gugur di pertengahan, futur di perjalanan akan disaksikan saat iman dan diri diuji. na’uzubillahiminzalik.



Teman seperjuanganku, 



Mari kita mengorak langkah. Membenteng aqidah menguatkan jamaah. Menghiasi  saf dengan haruman ukhuwwah. Merancakkan tarbiyyah dan melebarkan sayap da’wah. insyaAllah. Wallahu’alam.



:: sebarkan da’wah, semarakkkan ukhuwwah ::

2 comments:

Mutiara Bernilai said...

salam,

subhanallah tulisan yg menyentuh hati. Syukran enti.. :)

p/s: Ana amek pic enti..

serikandi al-fateh said...

w'salam.. salam perkenalan.. insyaAllah sekadar perkongsian buat menyuntik semangat para du'at untuk terus meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. insyaAllah :)