:: Salam Perjuangan ::

Thursday, December 23, 2010

Saya,KAS dan Perjuangan

Saya                  : Assalamu’alaikum, kak. Saya nak daftar.

Kak urusetia      : “Nama?" Tempat ngaji?”

Saya                  : Nama saya........ ngaji kat........

Kak urusetia lgi  : Ok.Tandatangan kat sini. Awak akan ke Langkawi.

Saya                  : (dengan muka taksub..oppss..takjub) Betoi ka kak? Saya kena pi sana? tak leh tukaq?.

Kak urusetia      : (dengan muka serius)  Tak buleh. Muktamad.


Masih terngiang-ngiang lagi dialog tu di telinga saya. Masuk hari ini sudah sebulan Kem Anak Soleh di Baqiyatussolihat berlalu. Terasa seperti semalam sahaja saya baru melaluinya.


Rindu saya pada adik-adik Langkawi, adik-adik  fasilitator; para mujahid dan mujahidah muda yang khidmat mereka masyaAllah sangat saya kagumi juga urusetia KAS yang tidak mengenal erti penat lelah. Allah.


Sesungguhnya pengalaman sepanjang KAS di Langkawi banyak mengajar saya erti ukhuwwah dan pengorbanan demi membentuk peribadi dan acuan mujahid dan mujahidah yang akan menyambung perjuangan baginda Rasulullah SAW kelak. insyaAllah.


Saya tiba di Langkawi dengan pengalaman yang cetek. Pengetahuan yang sedikit. Apabila ditaklifkan sebagai penolong ketua fasi di sana, diri merasakan masih banyak lagi yang saya perlu belajar. Bergerak kerja dengan mereka yang hebat banyak mentarbiyyah diri saya.


Post-mortem, meeting sampai ke pagi, 'gangguan' yang dialami oleh seorang peserta, melihat mereka-mereka yang hebat mengendalikan keadaan, menghadapi kerenah adik-adik yang pelbagai banyak mematangkan saya.


Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengenali mujahid-mujahidah muda di sana. Seusia belasan tahun mereka telah melibatkan diri dalam da'wah dan perjuangan ini. Saat orang lain sedang bergembira, bercuti bersama keluarga tercinta, mereka menginfa'kan diri, jiwa, masa untuk membantu agama Allah. Allahu Akbar. tinggi sekali tadhiyah yang dimiliki. masyaAllah T_T


Saya terfikir, ketika saya seusia dengan mereka, apa yang telah saya sumbangkan untuk agama ini? masyaAllah. Harap saya tidak terlewat lagi untuk bersama-sama mengintima’kan diri dengan perjuangan ini.


Perkenalan yang singkat di sana, mengikat hati ini sampai sekarang. Rindu untuk bersama mereka lagi. Bersama-sama bersengkang mata. Memikir, merancang dan menjalankan gerak kerja secara jamaah. Saya tidak memandang kem ini hanya untuk mengajar adik-adik tentang solat dan wudhuk yang betul tapi ianya kem untuk mengkaderkan generasi-generasi yang akan berkhidmat untuk Islam suatu masa nanti. 


Saya yakin dan percaya. insyaAllah. Islam pasti akan menang pada akhirnya. Kalau tidak pun di tangan generasi ini, mungkin di tangan generasi yang kami corakkan pada hari ini. insyaAllah. 


Mengenali Ustaz Saiful, Ustaz Syahril yang bersungguh-sungguh mendidik adik-adik di pulau kecil ini, membuatkan saya dan sahabat-sahabat tidak terasa lelahnya. Celoteh mereka mereda tekanan yang dilalui. Bait bicara mereka menyuntik semangat kami.


Suatu hari saya menerima satu mesej. Unknown number.

“Salam. Kak, neh wani. wani dah pandai bc doa qunut. Wani hafal mcm kak ajar”.

Wani? Yang mana ya? Saya cuba mengingati wajah-wajah anak-anak kecil langkawi. Ingatan saya menangkap pada satu wajah. Oh adik itu. masyaAllah. Terang sekali hatinya. Setiap kalimah yang berjaya dihafal, Alhamdulillah terucap di bibir.

  

Sedikit titipan buat mereka yang saya rindui:


bersama para mujahidah penyeri syurga Allah :)



Husna: lembut orangnya dan tiap kata-katanya adalah bait pejuang. :)
 
Tipah: dia adalah serikandi tarbiyyah. Banyak pengalaman dikongsikan bersama saya. :) 

Afza: semangatnya. butir bicaranya. seringkali menyuntik semangat kami semua. :)

Aiman: ketegasan dan ‘kegagahan’seorang mujahidah ada pada dirinya. :)

Nazihah: ramah dan selalu menceriakan saya. :)

Ti: suka bercerita. Adik fesi yang sangat tabah kerana adik kumpulannya agak ‘istimewa’. :)

Dina: kematangan terpancar pada gerak dirinya. :)

Musya: Manja adik yang seorang ini. :) 

Munirah: lembut dan sering tersenyum ;)



para mujahid peninggi kalimah Allah :) 


para mujahid: ust syahrul, ust aqif, ust eka, ust zaim, ust shauqi, ust afiq, ust zikri, ust firdaus, ust taufiq, ust faiz, ust naim


Kepada kak dayah, ust majdi, ust Ibrahim terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam bergerak kerja. Maaf dipinta sekiranya saya kurang adab dengan pimpinan atau tidak memberikan yang terbaik ketika berkhidmat. barakallahufikum fid dunya wal akhirah. insyaAllah. :)


Kepada kak wani dan ust naqiu, garang-garang antum tanda sayang pada adik-adik. moga adik-adik terbentuk disiplinnya hasil sentuhan mahabbah kalian. ameen~ :) juga buat chef di dapur, ust lutfi dan aiman, terima kaseh untuk santapan yang masyaAllah meyelerakan kami. syukran kathir 'ala khidmatukum :)




******************************************************************************************************************


Ini hanyalah kisah-kisah kecil daripada 1001 kisah KAS yang banyak membuatkan saya berfikir. Merenung diri. Mengislah peribadi. InsyaAllah. moga Allah thabatkan kami di atas jalan juang ini. Moga ikatan hati antara kami yang didasari rasa cinta kepada Ilahi ini kekal abadi. insyaAllah ameen Ya Rabb~


:: sebarkan da'wah. semarakkan ukhuwwah :: 


No comments: