:: Salam Perjuangan ::

Thursday, March 25, 2010

Warna-warni 2009 :)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.

Untuk entry kali ini sekadar imbasan hari-hari saya sepanjang tahun 2009 bersama sahabat-sahabat saya..usrah saya yg sangat saya sayangi.. uhibbukum fillah..insyaAllah.. along lia, angah tikah, alang hana, acaq shira, andak pqah, anjang husna, adeq yana, awa qila, ateh wanni, uda anis n acik mahirah..dan diri sy sndiri -----> acu ana (pomot lak..adeh..)

Buat sahabat-sahabat  yang saya sayangi...sebelum itu bicara ini sekadar peringatan buat diri..perkongsian buat teman...


Ukhuwwah adalah nikmat dan anugerah berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ia tidak dapat dijual-beli dengan wang ringgit dan harta benda dunia. Ukhuwwah adalah suatu rasa yang diciptakan oleh Allah di dalam hati orang-orang yang beriman.


Firman Allah SWT, maksudnya:

“Seandainya engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya, tidaklah mampu engkau persatukan antara hati mereka, tetapi Allahlah yang telah mempersatukan antara mereka.”  
(al-Anfal:63)
                                                                                                       
moga kita sama-sama menghargai ukhuwwah anugerah Allah ini...sama-sama menjaganya dari virus2 mazmumah .. insyaAllah.. :)


~2009 Behind da Scene ~ let's checked out :) ~

JANUARI - 16/01/2009

Bulan neh kita dan sahabat-sahabat kelas PA1 terlibat dengan Perhimpunan Palestin. Masih terbayang sibuknya kita waktu tuh dengan Skuad Tabungnya...Skuad Ken Rentangnya...Skuad Head-Tightnya...hehe.. Skuad Pakaian Mangsa Palestin pom xkurang hebatnya..two thumbs up... :) 

*kain rentang kita bersama :’) juga selipar2 cumel milik para pejuang Islam yg terlibat..hehe

Alhamdulillah, dengan kudrat dan iradatnya dapat jua perhimpunan ini  dianjurkan. Moga usaha kita yg kecil ini diredhai Allah..ameen~ 

Kita mungkin tidak mampu berjuang di medan jihad, mengangkat senjata untuk mempertahankan bumi Al-Quds dari serangan Zionis Laknatullah, namun kita jangan hanya memeluk tubuh sahaja. Setakat mana kudrat kita..setakat mana kemampuan kita..kita cuba utk menyumbang sesuatu untuk bumi Al-Quds..


Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadis)


FEBRUARI : 17/02/09

Hari neh besh sangat. Kita g makan ramai2 ngan tutor kesayangan, En Abdullah Chik bersama isteri. Ingat tak lagi, sahabat-sahabat yg disayangi sekalian? Alhamdulillah...murah rezeki kita. Ad org wat kenuri.Haza min fadhli rabbik :)


*hurm..sayoq kailan..tomyam..ikan mcm2 rase..telur dadar..alhamdulillah..

*Putri-putri emas ayahanda dan bonda.. moga menjadi mukminah mujahidah.. maratussolihah... penyeri syurga Allah.. ameen~

Hadis baginda Rasulullah SAW yg sangat dicintai :
  
Dunia ini penuh perhiasan dan sebaik2 perhiasan (paling indah) ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim)

Allahu Akbar!! Moga Allah memberi kita semua kekuatan untuk itu.. ameen~ 

MAC : 31/03/2009

Bulan 3 neh kita sume sibuk dengan Kejohanan Olahraga Tahunan. Letihnya…(padahal xda acara pom)..hehe letih bersorak gamaknya :’)

*Aduss..malunya bila fikir blek..hehe..tawaf satu padang, then senyum..lambai2 cm miss universe.. bajet tol (T_T)

FAKTA : acu,awa n angah menjadi bidan terjun dlm perbarisan ini…tidakkk <------- kes xde yg nk join.. kt owng pom ‘terpilih’ (T_T) apekah?

Cakap tentang barisan, suka saya di sini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat salah satu ayat yang terkandung dalam surat cintaNya...

" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang (berjuang) di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh."  (As-Saff,61:4)
  
Hadis Baginda Rasul:

Daripada Abu Musa, Rasullulah SAW bersabda:

“Seseorang yang beriman dengan saudaranya yang beriman adalah seperti batu-bata yang menguatkan di antara satu dengan yang lain.” 
 
Sebaik berkata demikian, Baginda mencantumkan tangannya dengan menselang-selikan jari-jarinya.
 
Sahabat-sahabat...Moga kita seperti batu-bata itu, saling menguatkan tika lemah, saling bahu-membahu tika susah..insyaAllah ameen~ 

APRIL : 18/04/2009


Hehe..hari neh kita join Pertandingan Bola Jaring Terbuka IPTB. Macam2 gelagat, mcm2 aksi..hehe.. Bes sangat bersukan bersama sahabat-sahabat. Dengan laungan takbirnya ; menyemarakkan lagi semangat dalam diri. Rasa mcm ke medan jihad lak.. :) sama-sama berjuang, sama-sama mengatur strategi...sapa kata Islam tidak menganjurkan sukan kan?




Dalam Hadis Rasulullah (SAW),sabdanya: 

“Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” 


Islam meletakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim diarahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas di samping memiliki akhlak mulia. 

Dalam Hadis baginda Rasul, kita dapati:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) 
  
Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tanggugjawab agama dan dunia. InsyaAllah.. memenuhi taklifat di dunia..bekalan menghadapi akhirat sana..insyaAllah..

MEI : 09/05/2009

Sahabat-sahabat sekalian..masih ingat trikh neh?? hehe.. Hari neh kita sume bgun lebih awal drpd besa. Mklumlah hr cuti selalunya..tutt..(kantoii..pkul bape slalu bngun neh..hehe :’p) Hari ini kenduri umah Encik MBO dan kitA telah terpilih menjadi ‘bentarawati’. Xrugi taw kita membantu dan memenuhi hajat saudara seIslam kita :) Hehe.. sibuk sungguhla ustazah-ustazah sekalian pd hr neh..

*Muka-muka ceria selepas abes ‘bekerja’..hehe..apela yang mencuit ati sangat tuh cik kak2 sekalian..ehehe

FAKTA : Encik MBO telah menempah bas maktab utk membawa para bentarawati (kitowng le tuh..ehehe) ke rumahnya ..begitu RASMI sekali (T_T)

Nota tangan kanan sy :

kak milah, k.ni, k.awa : cm nk ikrar jew tuh..ehehe

angah : uwaa..jgn tembak acu..xde peluru tu.. (-.-!) pulak.
.
uda, alang, acik, eton n fqa pon: PEACE..ngee~

ateh, along, awa, adeq, k.su : cerianya…hehe

andak, anjang, kiah : behind the scene :’p

acaq, ros : steady..slumber yaya~

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Tidak boleh ia menganiaya dan tidak boleh ia mengabaikannya. Barangsiapa yang memenuhi satu hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan barangsiapa melegakan kesempitan dan kesusahan seorang Muslim nescaya Allah akan melegakan kesusahannya di hari kiamat dan barangsiapa yang melindungi keaiban seorang Muslim, nescaya akan dilindungi Allah akan keaibannya di akhirat. ” (Bukhari dan Muslim)

JUN : 29/06/2009

Beshnya..Ari neh sambutan ari guru kat maktab kita. Ehehe klaka plak rasa. Dulu kalo kat skolah murid2 meraikan guru2..hehe kat sini bakal guru meraikan pensyarah2. Ehehe.. pepun ari guru adalah ari yg bermakna buat sume guru, ustaz, ustazah, pensyarah, daie, mu'allim, murabbi n sewaktu dengannya :) taun neh paling bermakna. Sebabnya kita sume ad menyediakan kejutan buat tutor kesayangan kita..

Hadiah untuk ayahanda kita :)
*Canteq x? hehe.. beshnye dapat adiah..suka..suka :) 

FAKTA : lama gak nk pilih adiahnya disebabkan cik penulis terlalu rambang mata n takot terlebey bjet.. (buleh pulak) huhu.. time kaseh kepada cik eton n cik ros juga kepada adeq :’) yg sudi kuar sekali utk cari adiah neh.. trimas....

 *sempoi tak kad kitaowng? Hehe..cm nak antaq kat rancangan kanak-kanak jew kan? (T_T) hehe..pepun khas utk En Abdullah Chik..ayahanda yg sgt kami sayangi..

FAKTA : johadi telah dileteri oleh angah kerana mengambil space yg besar utk mempamerkan tnda tangannya. 

Cube hadirin perhatikan. Sume tnda tgan berada di dalam tgn (lihat..lihat). Hanya johadi saorang out of coverage.. hadoiii (T_T)


************************************************************************************** 


okes..dah beh sem 1 ntok tahun 2009..alhamdulillah :) 

nntkan entry terbaru ntok sem 2 lak..insyaAllah.. lebih warna-warni, lebih berinformasi..bnyak nk dikongsi.. ngee~

illal liqa' sahabat2 :) 


Bersambung….. InsyaAllah.. :)



:: Asleh Nafsak, Wad’u Ghairoh ::
  

Wednesday, March 17, 2010

Haza jihaduki :')


“Bosannya cuti neh. Nak buat apa ea?” bisik saya pada diri.

Asik mengunyah 24 jam. Seringkali terdetik di hati, perkara yang paling best bila balik rumah adalah..jeng..jeng.. makanan tidak putus2.. ehehe..kalaulah mak tahu, macam2 mahu dimasaknya. Anak jarang balik.. (yeyela tu cik penulis..dongeng tak abes2..)

Assignment; ikut mood pula. Kejap buka, kejap tutup. Hadoii.. cik penulis macam mana nak cemerlang, nak bagus kalau belajarnya ikut mood??? Saya mengomel sendirian.

1 message received... (Kali ini xd titt..titt.. disebabkan penulis m’silent’kan encetnya).


“ Ana, free x hari Rabu n Khamis ini? Nak ajak g Bandar Bharu ”.

“Ada apa ea? insyaAllah..rasanya x d hal..”

(yela cik penulis..sgnment yg beratur minta disiapkan dengan jayanya tu mcm mn?)

“ Ada kem untuk adeq2 Maahad Mahmud. Perlukan fesi. ”

“ Owh..InsyaAllah, ad ap2 nanti ana habaq len na.. ”


Lantas saya berkira-kira. Signment masih dalam proses. Tawaran untuk menyumbang sedikit bakti untuk adeq2 di luar sana sedang menunggu untuk disambut. Keutamaan sekarang adalah tugasan, pada masa yang sama hati meronta untuk turun bantu di sana.

Saya mendapatkan mak.

“Mak, ada program kat Bandaq Baru. Jadi fesi untuk adeq2 Maahad Mahmud. Cam mana ea? Mak bagi kak pi dak? ”

Mcm selalu…

“Tak pa aihh..pi la..yang penting jaga diri, jaga barang-barang semua. Mak bagi.”

 (Terima kasih mak kerana selalu menyokong kakak. Kakak sayang mak. Segan la pulak (-.-!) miu..miu..)

Kembali kepada perbualan td…

“ Signment tak siap lagi. Tapi teringin nk pi..tolong sikit2..takat mampu.. ”

“Haa..xpa, masa yang ada neh, watla signment..pelan-pelan..insyaAllah nanti siap la tuh.”

Ya tak ya juga. Daripada sibuk berteleku, bermenung, membuang masa, baik langkah segera diambil :’)

Aduhai diri, bersemangatlah..haza jihaduki..Penuhi tanggungjawabmu, siapkan tugasanmu dan infa’kan jiwa dan tenagamu untuk membantu agama Allah.

Surat cinta dari Allah saya buka. Untuk mencari kekuatan sebelum memulakan tugasan.

Terpujuk hati dengan ayatNya dari Surah At-Taubah, ayat 41:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Ya Allah..diri ini mengharapkan pertolongan dan kekuatan daripadaMu.. Apalah dayaku tanpa diriMU.. tanpa kudrat dan iradatMu..

Tangan ditadah, doa dipanjat.. Allahumma inni, a’uzubika minal ajzi wal kasal.. ameen~

Berjihadlah wahai diri. Tangan mula menekan kekunci laptop.. tenggelam dalam khusyu’nya ber‘assingment’ ;berharap masih berkesempatan untuk menyiapkan tugasan dan memenuhi tuntutan ; dunya wal akhirah..insyaAllah.




:: Asleh Nafsah, Wad’u Ghairoh ::

Tuesday, March 16, 2010

Sahabat Penguat Semangat..




Sahabatku, diriku sangat menghargai keberadaanmu di sisiku…saat aku jatuh..saat aku lemah..saat aku lelah....dirimulah anugerah Allah buat diriku..penguat langkahku atas jalan juang ini..

Kisah 1:

Titt..titt..1 message received..

Farhana… mengenali dirimu  membuatkan diriku ceria.. mengingatkanku pada Pencipta diriMu.. moga kehadiranmu menjadi pelengkap diriku..”

Sender : Anjang Husna …

Saya terdiam sebentar. Terpaku pada mesej yg dikirim sahabat saya, husna. Bergenang air mata. Tidak selayaknya diri ini diumpamakan sebegitu..:’( Setelah melalui minggu2 ‘ujian’, ujian ukhuwwah, ujian tarbiah, ujian da’wah, saya seharusnya bersyukur. Masih ada sahabat-sahabat di sisi yang sudi menguatkan langkah juang ini.. mengesat air mata yang mengalir di pipi.. memujuk diri dengan ayat-ayat Ilahi..

Kisah 2:

Buzz..Buzz..di YM sy kelihatan seorang sahabat yang sangat saya rindui.. Eton..syukran eton atas doa ini.. jgn dipohon kesusahan buat diri yea,eton.. barakallahufiki..uhibukki fillah abadan abada.. :’)

Ya Allah...sesungguhnya..kasih syg y kau beri..sgt bernilai..pautkanlah hati2 kami..dgn kasih syg-Mu y sejati..andai ada kasih syg yng hanya semntara..Kau jauhilaa ia..jauhilah ya Allah..sesungguhnya hati ini..merindui-Mu..dan merindui dan menyayangi..shbt2..yang juga merindui-Mu..tanamkan la kesabaran dalam hati shbtku ini ya Allah..berikanlah dia sinar kebahagiaan y abadi ya Allah..jauhila dia dari sgala musibah..dan kedukaan..sesungguhnya..jika boleh..biar aku shj y mnerima kdukaannya..krna..ku tk snggup mlihat air mata di pipinya.mliht..kedukaan di wjhnya..mrasa kesedihan di hatinya..melihatnya tetawa kmbli..itu..amat bhagia bg ku ya Allah..kurniakanlah..kebahagiaan..kasih syg y ikhlas..dari org yng berda di sekelilingya..jauhilah..segala..ftnah dunia ini kpdnya ya Allah..siramilah..sinar dan senyuman di wajahnya..agar..setiap lngkah perjalanan hidupnya,...sentisa gmbra,..untuk menuju-Mu ya Allah..amin..amin ya Rabbal a'lamin...

Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini..sahabat-sahabat dalam hidupku..Dengan RahmatMu Ya Allah..kami menjalin ukhuwwah..kami bersatu fikrah..kami mengatur langkah..meneruskan risalah Muhammadiyah..

Hadis baginda Rasulullah S.A.W:

Abul-Laits mriwayatkan dgn sanadnya dri Abu Hurairah r.a. berkata: Saya tlah mdengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah tlah mjdikan rahmat dlm 100 bahagian, maka dtahan pada-Nya yg 99 dn dturunkan ke bumi 1 bahagian, maka dgn satu bahagian itu msing2 mkhluk bkasih syg shgga kuda mgangkat kakinya krn khuatir mmijak anaknya."

~ya Allah betapa besar rahmatMu, betapa sedikit aku bersyukur padaMu~ faghfirli Ya Allah :'(
  

:: Asleh Nafsak, Wad'u Ghairoh :: 

Monday, March 15, 2010

Kembali Ke Pangkuan Mak Ayah (2)


Alhamdulillah.. penulis masih diberi peluang dan ruang olehNya untuk menghabiskan catatan perjalanan ini. Dalam taklimat Darussyifa’ semalam, tertarik penulis dengan penerangan oleh Tuan Haji Abdul Rahman, Pengerusi Darussyifa’ Pusat. Bagi mereka yang ingin berubat dengan perawat Darussyifa’ tidak perlu bimbang tentang soal bayaran kerana ia dilakukan secara "PERCUMA". Ini merupakan tradisi Darussyifa' yang telah diamalkan sejak dari dulu lagi, sesuai dengan pesanan pengasasnya, Tuan Guru Dr. Haron Din. Jika ada yang menghulur, wang tersebut dimasukkan ke dalam tabungan khas untuk pembiayaan keperluan operasi Darussyifa’.


Menurut Jawatankuasa Darussyifa’ Cawangan P.Pinang semalam, masih ada kekosongan tempat untuk mereka yang ingin berdaftar..jadi penulis ingin mengambil kesempatan utk pomot di sini..



PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA’)
KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’
KUMPULAN KE-2 CAWANGAN P.PINANG SESI 2010

Kuliah akan bermula 28 Mac 2010. Kuliah pengajian adalah 2 kali sebulan selama 1 tahun. Pelajar yang lulus akan diijazahkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din pada Majlis Konvokesyen.

MUSLIMIN/MUSLIMAT YANG BERMINAT BOLEH MENDAFTAR KEPADA URUSETIA BERIKUT SEBELUM 28 Mac 2010.

  1.  Ust Mairag Hj Saad : 016-432 3101 (Ketua J/K Pengambilan, Latihan & Konvokesyen
  2.  Ust Megat Fauzi Mohamad : 012-556 4406 (Bendahari)
  3.  Ust Fadzlee Daie : 014-302 4114 (Setiausaha Kerja) 

Dalam taklimat semalam juga, Tuan Haji ada menekankan tentang tujuan para pelatih memasuki darussyifa’. Tertarik penulis dengan bait bicaranya. Asas kita memsuki darussyifa’ini mestilah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk mengikis syirik/khurafat dalam masyarakat bukan untuk kepentingan peribadi atau komersil. Kita berkhidmat kerana Allah. Yang kita harapkan hanyalah Mardhatillah..Allahu Akbar..
Usai taklimat tersebut, lebih kurang pkul 6.00 petang, mak ngah sudah setia menunggu saya, husna dan liyana di perkarangan Surau At-Taqwa. Datangnya ditemani Mak Cik Ta..(adeq mak ngah yang sangat baik dan lembut tutur katanya..). Perjalanan diteruskan ke Mengkuang. Malam ini kami akan bermalam di rumah Mak Ngah..sebelum bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Saya di Kedah..Husna di Perak..Liyana di Selangor..


 * Sawah padi luas terbentang..menggamit anak desa bersegera pulang :')

(bajet tol la cik penulis neh..mcm la penang tuh joh ngat ngan kedah..)
Sampai di rumah Mak Ngah, seperti selalu pasti saya terhibur dengan tradisi dan kondisi keluarga Mak Ngah yang sangat mengalu-alukan tetamu yang datang. Layanan mereka, usik-mengusik mereka membuatkan kami tidak kering gusi. Walaupun baru beberapa kali mengunjungi mereka tetapi rasa kasih mesra antara kami semakin harum mewangi di taman hati. Kredit untuk Mak Ngah dan keluarga, saya pasti merindui kalian..huhu
Pagi Ahad, lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Mak Ngah menghantar kami ke Penang Sentral,Butterworth. Di sini.. saya, husna, liyana (lebih mesra dipanggil adeq) juga Mak Ngah, bakal berpisah..berpisah kami hanya sekadar jasad..di hati tetap kuat terikat..insyaAllah..

Saya : Husna, adeq jaga diri elok-elok na..Ana minta maaf atas semua salah dan silap ana. Terima kasih sangat..

Saya memeluk erat adeq disusuli dengan husna. Berat untuk saya lepaskan. Setelah mengharungi segala ujian bersama, tingkatan ukhuwwah ini dirasakan semakin utuh. Hikmah Allah itu terlalu agung untuk kita tafsirkan.


Husna : Ana pun jaga diri taw. Hati-hati semua. Husna pun minta maaf. Asik gaduh ngan Ana ja..


Tersenyum saya memikirkannya. Gaduh-gaduh sahabat, gaduh-gaduh sayang. :')


Liyana : Ada apa-apa mesej taw.K.. Jaga diri. Doakan semua selamat sampai. 


Perbualan ditamatkan. Perjalanan diteruskan.

Dari jauh kedengaran. "Aloq Staq..Aloq Staq..Aloq Staq".. 


Saya bersegera mendapatkan kaunter tiket Trans di hujung terminal. Wang dan tiket segera berpindah tangan. Saya memilih tempat duduk di tepi tingkap; melayan perasaan kununnya. (ngada2 ja..)
Bas meluncur laju menuju destinasi masing-masing. Alhamdulillah, semua telah selamat sampai dan saya sudah kembali ke pangkuan mak, ayah juga adeq2 yang dirindui… :’)

 


:: Asleh Nafsak, Wad'u Ghairoh ::

Kembali Ke Pangkuan Mak Ayah (1)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.

Alhamdulillah..setelah seminggu lebih bermusafir, akhirnya kembali saya ke pangkuan mak ayah..balik dari maktab terus ke LAMEGA…(trimas kepada kak Fatimah yang sudi antaq kami ke Stesen Bas Kuala Kangsar..ana kangen utk bertemu lagi..huhu) naik turun bas dari Kuala Kangsar ke Taiping kemudian ke Parit Buntar..seminggu di rumah sahabat, Husna untuk menjalani tugasan PBS bersama sorg lagi sahabat, Liyana (TRI-NA : farhana,husna,deqna)..


* Pemandangan dari jalan..kelihatan Prasekolah SK Baru Parit Buntar tersergam indah.. :')
 

Segalanya dirasakan mudah..Alhamdulillahillazi bini’matihi tatimmu solihat.. kerjasama dari guru-guru di SK Baru, Parit Buntar.. memudahkan tugasan kami.. seminggu di rumah Husna terasa cepat ngat berlalu… layanan yang bek dari keluarganya mengubat sedikit kerinduan penulis kpd keluarga di kampung..huhu 

*(FAKTA: berat penulis telah naik 1 kg setelah seminggu di rumah husna..argh..xsanggup penulis menolak masakan2 mak husna yang bertaraf hotel tuh..fuh..yeyela 2 cik penulis ui..)

Sempat lagi saya, liyana dan husna..’melawat-lawat’ pekan Parit Buntar yang saya kira agak besar.. dan yang paling sonoknya pekan ini menjanjikan barangan dengan harga yang sangat berpatutan..berpinar-pinar mata saya melihat barang-barangnya yang murah…cepat ja tangan ini menyambar .. (kununnya utk saudara-mara di kampung :’p) hehe..


 *Deretan kedai di Pekan Parit Buntar yang menjanjikan aneka pilihan jua barangan :')

Pulang ke maktab.. setelah bermalam semalaman, esoknya..pagi-pagi lagi makngah udah setia menunggu km di lengkok puteri.. perjalanan diteruskan lagi..destinasi kali ini..Surau At-Taqwa, Bertam..rupa-rupanya seorang pun daripada kami kurang pengetahuan tentang jalan ke sana..(haa..sudah..)..apa lagi..pkai ijtihad sendiri..haduss.. dengan mengikut Mr. Signboard yg setia di tepi jalan..perjalanan diteruskan..


Mak ngah  : kita kat mana dah ni? Nk kono (belok..loghat utara) belah kanan ka kiri? Surau tu tang mana?
Saya         : Surau tu tepi jalan mk ngah..tp jalan mana saya xtaw.. (pulak dah..)
Liyana    : Dekat ngn skolah..mk ngah..sekolah ape tah..sekolah bertam? Cm tu la.. (banyak sekolah kat area neh cik liyana syg..)
Husna       : Surau tu kita pernah pi..ad program ngan Abg. Amir dulu.. (ingat-ingat lupa..)

Akhirnya, kami mengambil kata sepakat untuk bertanya..kereta berhenti berhampirn dengan sebuah gerai nasik lemak.. lutut saya tetibe menjadi lemah..(teruja dengan baunya yg sedappp..tidak!!)..bermacam-macam soalan yg bermain di fikiran saya..hurm masalahnya bukan tentang jalan tetapi bende len.. (cth: nasik lemak neh sbungkus berapa? Klu beli 1 dapat free 1 dak? Leh campoq ikan bilis ngn telur dak? Kalau xmau kacang xpa dak?..bnyak la awak punya soklan cik penulis..adoii)

Setelah bertanya kepada mak cik nasik lemak cedap tu..(sebab ap penulis mengatakannya sedap?? Hal ini kerana penulis telah ‘terbeli’sebungkus nasik lemaknya) ehehe.. 2 in 1.. beli dan tny..alhamdulillah..akhirnya kami selamat sampai ke Surau At-Taqwa, Bertam..untuk pendaftaran Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kump. Ke-2... Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan kami..Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.. Innaka Ni’mal maula wa ni’man nasir.. :’)


*lokasi Surau At-Taqwa tempat di mana tempat beroperasinya Darussyifa' Cawangan Penang (Ambil Exit Bertam dari Lebuhraya Utara Selatan)

bersambung.......InsyaAllah :')


:: Asleh Nafsak, Wad'u Ghairoh :: 

Thursday, March 11, 2010

Salam Perjuangan


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.


Alhamdulillah dengan izinNya...akhirnya ter’update’ juga blog saya yang nampaknya dah usang bersawang pon..huhuw..Walaupun blog neh xsegah blog yang ada, simple past tense ja (penulis: pe perkaitannya? Hurm).. namun jauh di sudut hati saya yang kecil ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit ibrah, bingkisan mawaddah, tinta hikmah, cetusan islah, bicara ilmiah atau apa sahaja yang bermanfaah bersama sahabat-sahabat sekalian.. harapnya usaha kecil saya yang tidak seberapa neh dapat menyumbang sesuatu untuk perjuangan Islam, perjuangan Baginda Rasul yang sangat sy cintai. InsyaAllah.


Masih banyak tinta yang saya ingin saya coretkan, masih banyak rasa yang saya ingin kongsikan..cukuplah setakat ini buat permulaan. Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan tinta hikmah seorang Tuan Guru (Allahyarhamu) yang sangat saya kagumi dari segi semangat dan bait bicaranya, yang sehingga kini menjadi azimat buat diri kecil ini..


“ Perjuangan kita adalah perjuangan yang dimulai oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan akan terus disambung sampai hari qiamat oleh mu’min yang terakhir di bumi ini. Oleh kerana itu kita hendaklah kenal bahawa perjuangan kita (perjuangan Islam) walaupun bilangan kita kecil tetapi sebenarnya kita adalah merupakan satu kelompok yang besar yang dihantar Allah Subhanhu Wa Ta’ala ke dunia ini. Kita adalah penyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini. Oleh itu, yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan makhluk di bumi ini yang boleh menghalang dan menyekat perkembangan dan penerusan perjuangan Islam.”

~Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor~




Menulis dari:
Bilik Guru SK Baru, Parit Buntar, Perak.

:: Asleh Nafsak, Wad’u Ghairoh ::

Rindu keranaMu


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.

Hari ini saya begitu rindukan adeq…secara zahir…adeq jauh sangat dari saya..jauhnya bkn 3,4 kilometer…tetapi jauhnya beribu batu...nun di Coventry sana..hati sedih..rasa sakit.. inilah ujian yang maha hebat untuk saya..sekejap sahaja, dah tiba masa untuk berpisah.. namun saya kena yakin setiap apa yang Allah takdirkan ada hikmahNya yang agung..Allah telah memujuk kita dengan ayat-ayatNya..

“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ‘kami telah beriman ‘ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Alah mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta”
                                                                                                              (Surah Al-Ankabut:  ayat2-3)




Teringat nasihat seorang sahabat..”penolong-penolong agama Allah kene kuat..xbleh lemah gitu sahaja”..huhu..Inilah pengorbanan yang perlu saya lalui…adeq g sana nk menuntut ilmu…jadi, saya perlu redha..perancanganNya begitu sempurna..kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya baik untuk diri kita melainkan kita meletakkan pergantungan kita seratus-peratus (bkn 56% ke 99.9 % ke) kepadaNYA….

Dalam firmanNya:

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”

                                                                                                                     (Surah Al-Baqarah: ayat 216)

Kita akan nampak hikmah-hikmah yang bakal tersingkap..insyaAllah..mungkin sekarang..mungkin beberapa tahun akan datang..wallahu’alam…kadang-kadang terfikir juga..ujian Allah neh datang dalam pelbagai bentuk..untuk apa semua ini? Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..ujian..mehnah..semuanya kerana Allah rindu nak dengar suara kita mengadu padanya..isk..isk...ya Allah..aku juga rindu utk merintih padaMu.. :.’(

Merindu dari:
~Halaman Hati~

:: Asleh Nafsak, Wad'u Ghairoh ::