:: Salam Perjuangan ::

Thursday, December 23, 2010

Saya,KAS dan Perjuangan

Saya                  : Assalamu’alaikum, kak. Saya nak daftar.

Kak urusetia      : “Nama?" Tempat ngaji?”

Saya                  : Nama saya........ ngaji kat........

Kak urusetia lgi  : Ok.Tandatangan kat sini. Awak akan ke Langkawi.

Saya                  : (dengan muka taksub..oppss..takjub) Betoi ka kak? Saya kena pi sana? tak leh tukaq?.

Kak urusetia      : (dengan muka serius)  Tak buleh. Muktamad.


Masih terngiang-ngiang lagi dialog tu di telinga saya. Masuk hari ini sudah sebulan Kem Anak Soleh di Baqiyatussolihat berlalu. Terasa seperti semalam sahaja saya baru melaluinya.


Rindu saya pada adik-adik Langkawi, adik-adik  fasilitator; para mujahid dan mujahidah muda yang khidmat mereka masyaAllah sangat saya kagumi juga urusetia KAS yang tidak mengenal erti penat lelah. Allah.


Sesungguhnya pengalaman sepanjang KAS di Langkawi banyak mengajar saya erti ukhuwwah dan pengorbanan demi membentuk peribadi dan acuan mujahid dan mujahidah yang akan menyambung perjuangan baginda Rasulullah SAW kelak. insyaAllah.


Saya tiba di Langkawi dengan pengalaman yang cetek. Pengetahuan yang sedikit. Apabila ditaklifkan sebagai penolong ketua fasi di sana, diri merasakan masih banyak lagi yang saya perlu belajar. Bergerak kerja dengan mereka yang hebat banyak mentarbiyyah diri saya.


Post-mortem, meeting sampai ke pagi, 'gangguan' yang dialami oleh seorang peserta, melihat mereka-mereka yang hebat mengendalikan keadaan, menghadapi kerenah adik-adik yang pelbagai banyak mematangkan saya.


Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengenali mujahid-mujahidah muda di sana. Seusia belasan tahun mereka telah melibatkan diri dalam da'wah dan perjuangan ini. Saat orang lain sedang bergembira, bercuti bersama keluarga tercinta, mereka menginfa'kan diri, jiwa, masa untuk membantu agama Allah. Allahu Akbar. tinggi sekali tadhiyah yang dimiliki. masyaAllah T_T


Saya terfikir, ketika saya seusia dengan mereka, apa yang telah saya sumbangkan untuk agama ini? masyaAllah. Harap saya tidak terlewat lagi untuk bersama-sama mengintima’kan diri dengan perjuangan ini.


Perkenalan yang singkat di sana, mengikat hati ini sampai sekarang. Rindu untuk bersama mereka lagi. Bersama-sama bersengkang mata. Memikir, merancang dan menjalankan gerak kerja secara jamaah. Saya tidak memandang kem ini hanya untuk mengajar adik-adik tentang solat dan wudhuk yang betul tapi ianya kem untuk mengkaderkan generasi-generasi yang akan berkhidmat untuk Islam suatu masa nanti. 


Saya yakin dan percaya. insyaAllah. Islam pasti akan menang pada akhirnya. Kalau tidak pun di tangan generasi ini, mungkin di tangan generasi yang kami corakkan pada hari ini. insyaAllah. 


Mengenali Ustaz Saiful, Ustaz Syahril yang bersungguh-sungguh mendidik adik-adik di pulau kecil ini, membuatkan saya dan sahabat-sahabat tidak terasa lelahnya. Celoteh mereka mereda tekanan yang dilalui. Bait bicara mereka menyuntik semangat kami.


Suatu hari saya menerima satu mesej. Unknown number.

“Salam. Kak, neh wani. wani dah pandai bc doa qunut. Wani hafal mcm kak ajar”.

Wani? Yang mana ya? Saya cuba mengingati wajah-wajah anak-anak kecil langkawi. Ingatan saya menangkap pada satu wajah. Oh adik itu. masyaAllah. Terang sekali hatinya. Setiap kalimah yang berjaya dihafal, Alhamdulillah terucap di bibir.

  

Sedikit titipan buat mereka yang saya rindui:


bersama para mujahidah penyeri syurga Allah :)



Husna: lembut orangnya dan tiap kata-katanya adalah bait pejuang. :)
 
Tipah: dia adalah serikandi tarbiyyah. Banyak pengalaman dikongsikan bersama saya. :) 

Afza: semangatnya. butir bicaranya. seringkali menyuntik semangat kami semua. :)

Aiman: ketegasan dan ‘kegagahan’seorang mujahidah ada pada dirinya. :)

Nazihah: ramah dan selalu menceriakan saya. :)

Ti: suka bercerita. Adik fesi yang sangat tabah kerana adik kumpulannya agak ‘istimewa’. :)

Dina: kematangan terpancar pada gerak dirinya. :)

Musya: Manja adik yang seorang ini. :) 

Munirah: lembut dan sering tersenyum ;)



para mujahid peninggi kalimah Allah :) 


para mujahid: ust syahrul, ust aqif, ust eka, ust zaim, ust shauqi, ust afiq, ust zikri, ust firdaus, ust taufiq, ust faiz, ust naim


Kepada kak dayah, ust majdi, ust Ibrahim terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam bergerak kerja. Maaf dipinta sekiranya saya kurang adab dengan pimpinan atau tidak memberikan yang terbaik ketika berkhidmat. barakallahufikum fid dunya wal akhirah. insyaAllah. :)


Kepada kak wani dan ust naqiu, garang-garang antum tanda sayang pada adik-adik. moga adik-adik terbentuk disiplinnya hasil sentuhan mahabbah kalian. ameen~ :) juga buat chef di dapur, ust lutfi dan aiman, terima kaseh untuk santapan yang masyaAllah meyelerakan kami. syukran kathir 'ala khidmatukum :)




******************************************************************************************************************


Ini hanyalah kisah-kisah kecil daripada 1001 kisah KAS yang banyak membuatkan saya berfikir. Merenung diri. Mengislah peribadi. InsyaAllah. moga Allah thabatkan kami di atas jalan juang ini. Moga ikatan hati antara kami yang didasari rasa cinta kepada Ilahi ini kekal abadi. insyaAllah ameen Ya Rabb~


:: sebarkan da'wah. semarakkan ukhuwwah :: 


Tuesday, December 14, 2010

Muwasafat Tarbiyyah :)



salam satu ghayah :)

apa khabar sahabat-sahabat seda'wah sekalian?

moga sahabat-sahabat sentiasa di bawah limpahan rahmat dan kasih sayangNya. moga masih thabat di jalanNya. ditetapkan dalam Iman dan Islam. diberi kekuatan dan kesabaran untuk mengunyah segala mehnah dan tribulasi dalam da'wah. ameen~

insyaAllah. untuk kali ini, saya kongsikan 10 muwasafat tarbiyyah yang mesti ada pada kita, insan yang berjuang. Muwasafat yang dikemukakan As-Syaheed Imam Hasan AlBanna ini tidak dapat tidak mesti kita hadhamkan.

kalau tidak mampu menunaikan kesemua hak-hak dalam muwasafat ini sekalipun, setidak-tidaknya kita mencuba. untuk islah diri, perbaiki peribadi. insyaAllah. moga Allah bantu dalam pentarbiyyahan ini. 


"segala-galanya bukanlah tarbiyyah. TETAPI tarbiyyah adalah segala-galanya."






1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.



2) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
 
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.



3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.



4) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah dan mengambil pengajaran daripadanya.InsyaAllah.


5) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."  

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


6) Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima.


Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusannya (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



10) Berguna untuk orang lain (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.



***************************************************************************************************************** 


insyaAllah moga perkongsian yang sedikit ini dapat menyuntik semangat sahabat-sahabat untuk terus berkhidmat untuk agamaNya. moga kita terus optimis di jalan ini. moga ambisi untuk mencapai redhaNya bukanlah anganan semata-mata tetapi diterjemah dalam setiap gerak kerja dan perilaku kita. insyaAllah. salam juang.



:: sebarkan da'wah. semarakkan ukhuwwah ::

Monday, December 13, 2010

M.u.j.a.h.a.d.a.h Sang Mujahidah

Salam perjuangan sahabat-sahabat seaqidah sekalian :)


kaifahalukum? kaifa iimanukum? wa kaifa islamukum?
harapnya semuanya baik sahaja ya :) insyaAllah. 


Alhamdulillah dengan izinNya dan rahmat serta kasih sayangNya dapat jua kita bersua kembali di ruang maya ini. 


untuk entry kali ini saya mulakan dengan pertanyaan:


siapa sukakan kebaikan? 


siapa bencikan kejahatan? 


insyaAllah saya pasti kalaupun antum tidak mengangkat tangan sebagai isyarat menjawab pertanyaan saya, pasti hati kecil masing-masing sudah membisikkan jawapannya. insyaAllah. Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?


Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu. Bagaimana kita hendak mengalahkan 2 musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri?  


Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan berperang dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.


Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian? 


Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri. 


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, "mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya."


Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas. 


Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. 


Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang disukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. 


Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita ditipu dan dihasutnya. 


Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut mood.  


Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman. Allahu Akbar.


Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. 


Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang dicuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari.  Begitulah hati, jika malas  dibasuh dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.  Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam peperangan dengan syaitan dan hawa nafsu. 


Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten.


Firman Allah SWT: " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." (As-Syura :15) 


Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka. insyaAllah.


sedikit  'buah tangan'  untuk sahabat-sahabat seperjuangan. sebuah lagu sebagai suntikan semangat  buat kita semua insan yang berjuang di jalanNya. insyaAllah :)




Lagu “Jalan Mujahadah”
Artis “Wirdani”


Bermula Langkah Kali Pertama
Ketika Terbuka Mata Seluasnya
Menyusur Terang Gelap Cahaya
Cabaran Menanti Di Sana

Arah Hidup Perlu Jelas
Berpandu Arah Tujunya
Berbekal Keazaman Yang
Tersemat Di Jiwa

Pahit Manis Suka Duka
Adalah Permainannya
Kejayaan Menanti Di Sana

Jalan Mujahadah Itu
Berliku-liku Haluannya
Terkadang Terpaksalah
Melawan Arusnya

Dengan Ketabahan Hati
Cerahlah Jalan Mengharungi
Cabaran Kehidupan
Di Alam Remaja

Perlu Teguh Pendirian
Berteraskan Kebenaran
Iman dan Taqwa Landasannya





:: Tarbiyyah Menguatkan Mujahadah ::

Saturday, December 04, 2010

Bermula Semula :)




Dah lama saya tak meluah rasa hati. Mencoret rasa jiwa. Menyampaikan hasrat sukma. Laman ini sudah usang bersawang, habuk tak bersentuh. Keterbatasan waktu bukanlah alasan. cumanya saya lebih banyak berkongsi di laman sosial, fesbuk. Diam bukanlah bererti menyepi, cuma kembali mencari identiti diri. Pada tujuan diri diciptakan. Pada nikmat adakah sebaiknya dipergunakan. Pada waktu yang seringkali saya kelapaan. Allah. 

Hari ini merupakan hari terakhir saya di maktab bagi sem ini, tahun ini. Sekembalinya saya pada hari ini, bermulalah khidmat saya untuk mak ayah di rumah. Terima kasih mak dan ayah yang sangat memahami kakak dan perjuangan ini. Terima kasih kerana menyokong kakak dan adik. Sungguh, kakak sangat bersyukur mempunyai kalian sebagai ibu bapa kami. Moga pahala sepanjang jalan juang kakak dan adik ini terbias untuk mak ayah juga. Ameen~

Apa yang dapat saya simpulkan, sepanjang sem ini banyak mengajar saya nilai ukhuwwah dan persahabatan, air mata yang banyak ditumpahkan kerana terlalu banyak berbuat khilaf denganNya, hakikat ukhuwwah yang sebenar-benarnya, jerih perih perjuangan yang didasari rasa cinta kepada Allah dan RasulNya, juga rahsia hati yang hanya Allah sahaja yang tahu. Semua ini banyak mengajar saya untuk mencicip sedikit makna tabah. Tarbiyyah yang cukup indah daripada Allah. Allahu Akbar. 

Seharusnya diri ini bersyukur. Masih diberi kudrat untuk sama-sama meneruskan risalah perjuangan baginda Rasulullah. Masih diberi kesempatan untuk sama-sama berfikir, merancang, menyusun perjalanan tarbiyyah dan thaqafah, Masih diberi peluang untuk sama-sama berada di saf para Ansarullah. Allahu Akbar! Moga amalan yang sedikit ini diterima di sisi Rabbul ‘Izzah. Ameen~

Buat diri dan sahabat-sahabat seperjuangan, seringkali diri ini merasa letih dalam perjalanan. Pesan seorang sahabat, bila merasakan begitu bacalah,hayatilah sirah Baginda SAW. Bila mengingatkan perjuangan baginda Rasulullah SAW, diri pasti akan rasa teramat malu. Penat lelah, letih payah yang dialami diri hanya sedikit cuma, jauh sekali dapat menandingi apa yang dialami baginda Rasulullah SAW. 

Hakikatnya, Baginda SAW yang memulakan perjuangan ini tidak pernah mengeluh sedikitpun malah redha menerima segala cercaan, hinaan, kesakitan demi nikmat Iman dan Islam yang kita nikmati secara percuma pada hari ini. Allah. Sedangkan diri ini hanya sebagai penyambung perjuangan Baginda, masakan mudah tewas pada ujian yang sekecil cuma, pada cabaran yang hanya datang menyinggah sekali sekala? Ya Allah, dhoifnya hamba T_T.



Ya Muqallibal Qulub Thabit Qulubana ‘ala Dinik.
Ya Musariffal Qulub Sorrif Qulubana ‘ala Tho’atik. Ameen~


Teruskanlah langkah juangmu wahai mukmin mujahid dan mukminah mujahidah! InnaLlaha ma’ana.Takbir! Allahu Akbar!



14 November 2010
11.43 am (2/18 Ceria)



Nota tangan kanan saya:

* Catatan ini saya coretkan pada hari terakhir saya di maktab tahun ini. Cuma pada hari ini baru saya berkesempatan untuk berkongsi. Terima kasih awak @ Mujahidah Izzah (: Uhibbuki lillahi ta’ala.insyaAllah.

Thursday, March 25, 2010

Warna-warni 2009 :)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.

Untuk entry kali ini sekadar imbasan hari-hari saya sepanjang tahun 2009 bersama sahabat-sahabat saya..usrah saya yg sangat saya sayangi.. uhibbukum fillah..insyaAllah.. along lia, angah tikah, alang hana, acaq shira, andak pqah, anjang husna, adeq yana, awa qila, ateh wanni, uda anis n acik mahirah..dan diri sy sndiri -----> acu ana (pomot lak..adeh..)

Buat sahabat-sahabat  yang saya sayangi...sebelum itu bicara ini sekadar peringatan buat diri..perkongsian buat teman...


Ukhuwwah adalah nikmat dan anugerah berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ia tidak dapat dijual-beli dengan wang ringgit dan harta benda dunia. Ukhuwwah adalah suatu rasa yang diciptakan oleh Allah di dalam hati orang-orang yang beriman.


Firman Allah SWT, maksudnya:

“Seandainya engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya, tidaklah mampu engkau persatukan antara hati mereka, tetapi Allahlah yang telah mempersatukan antara mereka.”  
(al-Anfal:63)
                                                                                                       
moga kita sama-sama menghargai ukhuwwah anugerah Allah ini...sama-sama menjaganya dari virus2 mazmumah .. insyaAllah.. :)


~2009 Behind da Scene ~ let's checked out :) ~

JANUARI - 16/01/2009

Bulan neh kita dan sahabat-sahabat kelas PA1 terlibat dengan Perhimpunan Palestin. Masih terbayang sibuknya kita waktu tuh dengan Skuad Tabungnya...Skuad Ken Rentangnya...Skuad Head-Tightnya...hehe.. Skuad Pakaian Mangsa Palestin pom xkurang hebatnya..two thumbs up... :) 

*kain rentang kita bersama :’) juga selipar2 cumel milik para pejuang Islam yg terlibat..hehe

Alhamdulillah, dengan kudrat dan iradatnya dapat jua perhimpunan ini  dianjurkan. Moga usaha kita yg kecil ini diredhai Allah..ameen~ 

Kita mungkin tidak mampu berjuang di medan jihad, mengangkat senjata untuk mempertahankan bumi Al-Quds dari serangan Zionis Laknatullah, namun kita jangan hanya memeluk tubuh sahaja. Setakat mana kudrat kita..setakat mana kemampuan kita..kita cuba utk menyumbang sesuatu untuk bumi Al-Quds..


Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadis)


FEBRUARI : 17/02/09

Hari neh besh sangat. Kita g makan ramai2 ngan tutor kesayangan, En Abdullah Chik bersama isteri. Ingat tak lagi, sahabat-sahabat yg disayangi sekalian? Alhamdulillah...murah rezeki kita. Ad org wat kenuri.Haza min fadhli rabbik :)


*hurm..sayoq kailan..tomyam..ikan mcm2 rase..telur dadar..alhamdulillah..

*Putri-putri emas ayahanda dan bonda.. moga menjadi mukminah mujahidah.. maratussolihah... penyeri syurga Allah.. ameen~

Hadis baginda Rasulullah SAW yg sangat dicintai :
  
Dunia ini penuh perhiasan dan sebaik2 perhiasan (paling indah) ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim)

Allahu Akbar!! Moga Allah memberi kita semua kekuatan untuk itu.. ameen~ 

MAC : 31/03/2009

Bulan 3 neh kita sume sibuk dengan Kejohanan Olahraga Tahunan. Letihnya…(padahal xda acara pom)..hehe letih bersorak gamaknya :’)

*Aduss..malunya bila fikir blek..hehe..tawaf satu padang, then senyum..lambai2 cm miss universe.. bajet tol (T_T)

FAKTA : acu,awa n angah menjadi bidan terjun dlm perbarisan ini…tidakkk <------- kes xde yg nk join.. kt owng pom ‘terpilih’ (T_T) apekah?

Cakap tentang barisan, suka saya di sini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat salah satu ayat yang terkandung dalam surat cintaNya...

" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang (berjuang) di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh."  (As-Saff,61:4)
  
Hadis Baginda Rasul:

Daripada Abu Musa, Rasullulah SAW bersabda:

“Seseorang yang beriman dengan saudaranya yang beriman adalah seperti batu-bata yang menguatkan di antara satu dengan yang lain.” 
 
Sebaik berkata demikian, Baginda mencantumkan tangannya dengan menselang-selikan jari-jarinya.
 
Sahabat-sahabat...Moga kita seperti batu-bata itu, saling menguatkan tika lemah, saling bahu-membahu tika susah..insyaAllah ameen~ 

APRIL : 18/04/2009


Hehe..hari neh kita join Pertandingan Bola Jaring Terbuka IPTB. Macam2 gelagat, mcm2 aksi..hehe.. Bes sangat bersukan bersama sahabat-sahabat. Dengan laungan takbirnya ; menyemarakkan lagi semangat dalam diri. Rasa mcm ke medan jihad lak.. :) sama-sama berjuang, sama-sama mengatur strategi...sapa kata Islam tidak menganjurkan sukan kan?




Dalam Hadis Rasulullah (SAW),sabdanya: 

“Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” 


Islam meletakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim diarahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas di samping memiliki akhlak mulia. 

Dalam Hadis baginda Rasul, kita dapati:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) 
  
Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tanggugjawab agama dan dunia. InsyaAllah.. memenuhi taklifat di dunia..bekalan menghadapi akhirat sana..insyaAllah..

MEI : 09/05/2009

Sahabat-sahabat sekalian..masih ingat trikh neh?? hehe.. Hari neh kita sume bgun lebih awal drpd besa. Mklumlah hr cuti selalunya..tutt..(kantoii..pkul bape slalu bngun neh..hehe :’p) Hari ini kenduri umah Encik MBO dan kitA telah terpilih menjadi ‘bentarawati’. Xrugi taw kita membantu dan memenuhi hajat saudara seIslam kita :) Hehe.. sibuk sungguhla ustazah-ustazah sekalian pd hr neh..

*Muka-muka ceria selepas abes ‘bekerja’..hehe..apela yang mencuit ati sangat tuh cik kak2 sekalian..ehehe

FAKTA : Encik MBO telah menempah bas maktab utk membawa para bentarawati (kitowng le tuh..ehehe) ke rumahnya ..begitu RASMI sekali (T_T)

Nota tangan kanan sy :

kak milah, k.ni, k.awa : cm nk ikrar jew tuh..ehehe

angah : uwaa..jgn tembak acu..xde peluru tu.. (-.-!) pulak.
.
uda, alang, acik, eton n fqa pon: PEACE..ngee~

ateh, along, awa, adeq, k.su : cerianya…hehe

andak, anjang, kiah : behind the scene :’p

acaq, ros : steady..slumber yaya~

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Tidak boleh ia menganiaya dan tidak boleh ia mengabaikannya. Barangsiapa yang memenuhi satu hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan barangsiapa melegakan kesempitan dan kesusahan seorang Muslim nescaya Allah akan melegakan kesusahannya di hari kiamat dan barangsiapa yang melindungi keaiban seorang Muslim, nescaya akan dilindungi Allah akan keaibannya di akhirat. ” (Bukhari dan Muslim)

JUN : 29/06/2009

Beshnya..Ari neh sambutan ari guru kat maktab kita. Ehehe klaka plak rasa. Dulu kalo kat skolah murid2 meraikan guru2..hehe kat sini bakal guru meraikan pensyarah2. Ehehe.. pepun ari guru adalah ari yg bermakna buat sume guru, ustaz, ustazah, pensyarah, daie, mu'allim, murabbi n sewaktu dengannya :) taun neh paling bermakna. Sebabnya kita sume ad menyediakan kejutan buat tutor kesayangan kita..

Hadiah untuk ayahanda kita :)
*Canteq x? hehe.. beshnye dapat adiah..suka..suka :) 

FAKTA : lama gak nk pilih adiahnya disebabkan cik penulis terlalu rambang mata n takot terlebey bjet.. (buleh pulak) huhu.. time kaseh kepada cik eton n cik ros juga kepada adeq :’) yg sudi kuar sekali utk cari adiah neh.. trimas....

 *sempoi tak kad kitaowng? Hehe..cm nak antaq kat rancangan kanak-kanak jew kan? (T_T) hehe..pepun khas utk En Abdullah Chik..ayahanda yg sgt kami sayangi..

FAKTA : johadi telah dileteri oleh angah kerana mengambil space yg besar utk mempamerkan tnda tangannya. 

Cube hadirin perhatikan. Sume tnda tgan berada di dalam tgn (lihat..lihat). Hanya johadi saorang out of coverage.. hadoiii (T_T)


************************************************************************************** 


okes..dah beh sem 1 ntok tahun 2009..alhamdulillah :) 

nntkan entry terbaru ntok sem 2 lak..insyaAllah.. lebih warna-warni, lebih berinformasi..bnyak nk dikongsi.. ngee~

illal liqa' sahabat2 :) 


Bersambung….. InsyaAllah.. :)



:: Asleh Nafsak, Wad’u Ghairoh ::
  

Wednesday, March 17, 2010

Haza jihaduki :')


“Bosannya cuti neh. Nak buat apa ea?” bisik saya pada diri.

Asik mengunyah 24 jam. Seringkali terdetik di hati, perkara yang paling best bila balik rumah adalah..jeng..jeng.. makanan tidak putus2.. ehehe..kalaulah mak tahu, macam2 mahu dimasaknya. Anak jarang balik.. (yeyela tu cik penulis..dongeng tak abes2..)

Assignment; ikut mood pula. Kejap buka, kejap tutup. Hadoii.. cik penulis macam mana nak cemerlang, nak bagus kalau belajarnya ikut mood??? Saya mengomel sendirian.

1 message received... (Kali ini xd titt..titt.. disebabkan penulis m’silent’kan encetnya).


“ Ana, free x hari Rabu n Khamis ini? Nak ajak g Bandar Bharu ”.

“Ada apa ea? insyaAllah..rasanya x d hal..”

(yela cik penulis..sgnment yg beratur minta disiapkan dengan jayanya tu mcm mn?)

“ Ada kem untuk adeq2 Maahad Mahmud. Perlukan fesi. ”

“ Owh..InsyaAllah, ad ap2 nanti ana habaq len na.. ”


Lantas saya berkira-kira. Signment masih dalam proses. Tawaran untuk menyumbang sedikit bakti untuk adeq2 di luar sana sedang menunggu untuk disambut. Keutamaan sekarang adalah tugasan, pada masa yang sama hati meronta untuk turun bantu di sana.

Saya mendapatkan mak.

“Mak, ada program kat Bandaq Baru. Jadi fesi untuk adeq2 Maahad Mahmud. Cam mana ea? Mak bagi kak pi dak? ”

Mcm selalu…

“Tak pa aihh..pi la..yang penting jaga diri, jaga barang-barang semua. Mak bagi.”

 (Terima kasih mak kerana selalu menyokong kakak. Kakak sayang mak. Segan la pulak (-.-!) miu..miu..)

Kembali kepada perbualan td…

“ Signment tak siap lagi. Tapi teringin nk pi..tolong sikit2..takat mampu.. ”

“Haa..xpa, masa yang ada neh, watla signment..pelan-pelan..insyaAllah nanti siap la tuh.”

Ya tak ya juga. Daripada sibuk berteleku, bermenung, membuang masa, baik langkah segera diambil :’)

Aduhai diri, bersemangatlah..haza jihaduki..Penuhi tanggungjawabmu, siapkan tugasanmu dan infa’kan jiwa dan tenagamu untuk membantu agama Allah.

Surat cinta dari Allah saya buka. Untuk mencari kekuatan sebelum memulakan tugasan.

Terpujuk hati dengan ayatNya dari Surah At-Taubah, ayat 41:

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Ya Allah..diri ini mengharapkan pertolongan dan kekuatan daripadaMu.. Apalah dayaku tanpa diriMU.. tanpa kudrat dan iradatMu..

Tangan ditadah, doa dipanjat.. Allahumma inni, a’uzubika minal ajzi wal kasal.. ameen~

Berjihadlah wahai diri. Tangan mula menekan kekunci laptop.. tenggelam dalam khusyu’nya ber‘assingment’ ;berharap masih berkesempatan untuk menyiapkan tugasan dan memenuhi tuntutan ; dunya wal akhirah..insyaAllah.




:: Asleh Nafsah, Wad’u Ghairoh ::