:: Salam Perjuangan ::

Sunday, August 07, 2011

Pendokong & Penyokong Perjuangan = Pemain & Penyokong Bola Sepak

salam setinggi ukhuwwah, sekencang da'wah. insyaAllah.

buka minda. buka hati. sekadar cetusan dan perkongsian.

persoalan: beza ka penyokong dan pendokong?

beza2, beza ejaan: penYokong = (Y) penDokong = (D) (haih. bukan itu yang dimaksudkan =.=')

analogi:

pendokong neh cam pemain bola yang bermain (berjuang) bersama teamnya (jamaah) di tengah padang (medan perjuangan). mereka berlari. mereka berpeluh. mereka jatuh. untuk capai kejayaan di penghujung selagi mana wisel penamat belum dibunyikan (penghujung umur).

penyokong lak cm penyokong di luar padang. mereka memerhati. mereka bersorak menyokong pemain di dalam padang. bila gol berjaya dijaringkan, kedua-duanya gembira. namun, rasa itu tak sama. kegembiraan pemain (pendokong) kerana mereka bersusah payah, berpenat lelah dalam permainan (perjuangan) untuk mencapai kemenangan. kegembiraan penyokong kerana pemain (pendokong) yang disokongnya mencapai kemenangan.

persoalan lagi: rasa-rasa beza tak?

hehe. apapun penyokong dan pendokong saling memerlukan. yang penting di mana kita nak letak diri kita. di medan perjuangan atau sekadar di pinggiran? tepuk dada tanya iman. kalau betul kita di medan, realisasikan ambisi itu. insyaAllah.salam perjuangan.

Thursday, June 16, 2011

Cuti Kian di Penghujung

Salam perjuangan buat du’at yang masih setia di jalan da’wah ini. Masih tegar meredah mehnah. Masih jitu memperkuat mujahadah. Masih kuat melawan ananiyyah. Da’wah yang menuntut sepenuhnya tadhiyyah.Allahu Rabbi.

Tinggal kurang 24 jam, saya akan kembali semula ke bumi tarbiyyah bainun. insyaAllah. Bumi yang melakar pelbagai kisah. Bumi di mana saya mengenal erti perjuangan. Mengerti tuntutan pengorbanan. Melalui jalan-jalan pentarbiyyahan. Juga menjalin ukhuwwah yang berpanjangan bersama sahabat2 seperjuangan.syukur padaMu ya Allah.

cepatnya putaran waktu itu~

Cuti ini kian di penghujung. Sebulan cuti tidak terasa ia berlalu. Minggu pertama cuti, saya dan sahabat2 dikehendaki menghadiri kursus pentauliahan PPIM bagi membolehkan kami mendapat sijil untuk menjadi guru pemimpin PPIM di sekolah nanti. insyaAllah. Suatu pengorbanan yang menuntut mujahadah yang tinggi.

Apabila melihat sudah ramai sahabat bertolak ke kampung halaman masing. Hati ini dipaut cemburu. Wall-wall di facebook juga sesak dengan status-status “holiday”, “balik kampung” dan sebagainya. Alhamdulillah berkat kerjasama semua, kami telah ditauliahkan. Terima kaseh ya Allah yang telah memudahkan urusan kami semua. Alhamdulillahillazi bini’matihi tatimmu solihat~

Minggu kedua dilalui dengan pengalaman-pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan. Berada di dalam majlis bersama murabbi da’wah dan tarbiyyah harakiyyah. Subhanallah. Besar sungguh nikmat yang KAU kurniakan buat diri. Du’at yang mengintima’kan diri dengan harakah islamiyyah mestilah melengkapkan diri dengan 3 elemen ini. Ilmu.sufi.haraki. musafir kita mencari ilmu. Melalui jalan-jalan kesufian. dan majlis-majlis seperti ini akan menguatkan lagi ikatan hati kita dengan Sang Guru. insyaAllah.

Musafir ini juga merapatkan lagi ukhuwwah yang terbina atas dasar satu aqidah satu perjuangan. Kata ustaz, bila kita keluar bermusafir dengan sahabat kita barulah kita tahu bagaimana dirinya yang sebenar dan bagaimana pula diri kita di matanya. Kher. Memang sepanjang permusafiran ini, banyak yang saya belajar. Belajar menerima diri sahabat-sahabat seadanya. Belajar memberi sebanyak-banyaknya.

sahabat seperjuangan adalah harta yang sangat bernilai~

Minggu ketiga menyaksikan saya kembali ke pangkuan keluarga yang dirindui. Sunyi juga rumah kali ini kerana ketiadaan adik perempuan saya yang baru menyambung pelajaran di kota besar,KL. Adik lelaki saya, paan baru pulang dari Johor. Cuti sem. Sibuk dia bercerita. Menunjukkan trofi-trofi yang dimenanginya di institut. Johan futsal,sepak takraw. Katanya dia akan mewakili institut buka sem nanti. Dipohon doa untuknya. InsyaAllah kak akan doakan.insyaAllah.

Adik yang bongsu, dak ijan tuh dah semakin bulat pulak saya tengok. Hehe. Tak lama lagi cam abangnya si pait tu la.hehe. dak ijan neh tak dak keja len. Sibuk dengan kucin-kucinya. Awang. Abu. dan yang terbaru Adi. haih. Hehe. Konfius, mana kucin mana tuan kucin. Hehe. Ayah dengan hobinya; memancing. Menjala. Mak menjadi teman setia mendengar cerita-cerita saya. Cerita-cerita tentang perjuangan, tentang hati dan macam-macam lagi. Dapat meluahkan pada mak rasa tenang sangat. Dan mak pasti akan memberi respon yang menenangkan jua :)

4 hari baru berada di rumah, saya dikejutkan dengan panggilan telefon. Paan dan mak excident. Allahu Allah. Terkejut dan sejuk satu badan. Ayah dan adik-adik bergegas ke tempat kejadian. Saya dikehendaki menjaga rumah. Doa saya tidak putus-putus dipanjatkan padaNya. Moga tiada perkara buruk yang berlaku. Sejam kemudian. Ayah balik. Kata ayah, Alhamdulillah, mak xda apa2. Paan kena hantar ke hospital. Lututnya berlubang.Allah.kena jahit.mesti sakit.kesian paan.huhu. malam tu paan dah boleh balik. Tak sempat nak berbicara dengannya. Mata sudah mengantuk sangat.

Esoknya saya bangun awal untuk menolong mak berniaga. Minggu-minggu terakhir neh adalah khidmat saya untuk keluarga. Memasak, mengemas, membasuh. Kalau sebelum neh paan tolong mak, giliran saya pula untuk berkhidmat. Kesian kat mak nk buat kerja sorang-sorang.

Sembang-sembang dengan paan, tergambar riak sedih di wajahnya. Katanya dia sederhana dalam pelajaran, tp alhamdulillah dikurniakan kelebihan sedikit di bidang sukan. Namun, sekarang keadaan dah lain. Kata doktor, dia kena rehat setahun untuk pulih. Jauh dia merenung trofinya. Saya faham. Teringat dia suruh doakn dirinya untuk tournament akan datang. Bersabarlah adikku, Allah lebih tahu apa yang terbaek buatmu.

Alhamdulillah dalam kesibukan untuk memberikan khidmat yang terbaek untuk keluarga, saya diberi peluang olehNya untuk berada dalam satu pertemuan bersama seorang murabbi yang sangat saya kagumi.Dan segala taujihat dan nasihat telah saya kongsikan bersama sahabat-sahabat dalam entry sebelum ini.

Terima kaseh ya Allah. Sungguh cuti kali ini bermakna sekali. Banyak pengajaran dan pengalaman mengitari hidupku. sungguhpun saya tidak berpeluang bersama sahabat-sahabat di bumi kelantan, berada dalam majlis para habaib, saya tahu, khidmat saya lebih diperlukan di sini.

yang termampu saya buat, saya kirimkan doa buat sahabat-sahabat di sana. terima kaseh kepada kak hawa yang sudi berkongsi input yang didapati di sana. barakallahufik. insyaAllah.


**********************************************************************************************************


Lagi beberapa hari akan bermulalah semester baru di maktab. Cuti ini kian di penghujung. Ya Allah permudahkanlah urusanku, urusan sahabat-sahabatku untuk menempuh segala cabaran jua ujian dalam semester baru ini. insyaAllah moga gerak kerja da’wah dan tarbiyyah kian rancak. moga akademik juga sentiasa di puncak. insyaAllah. tak lupa buat sahabat-sahabat ipt lain yang masih bercuti. selamat bercuti. dan jangan sesekali benarkan iman kamu bercuti ya. manfaatkan cuti dengan program2 ilmu, kuliah2 dan khidmat untuk Islam. insyaAllah.


::sebarkan da'wah.semarakkan ukhuwwah::

Kalam Sang Murabbi :)

Salam’alaik sahabat2 yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi. insyaAllah. ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat? Bagaimana dengan cuti yang masih berbaki? Moga terisi dengan perkara2 khairat. insyaAllah.

Untuk entry kali ini, suka sekali saya ingin berkongsi sdikit taujihat dan nasihat daripada seorang murabbi yang saya sgt kagumi. Pertemuan dengannya semalam kembali menyuntik semangat untuk terus mengintima’kan diri di atas jalan juang ini. Allahu Akbar.

murabbi itu~

Sang Murabbi memulakan taujihatnya dengan membaca ayat ketujuh dari surah Ibrahim, mafhumnya “Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya, barangsiapa yang kufur maka baginya azab yang pedih”.

Allahu Akbar. Katanya, kemenangan yang kita kecapi hari ini hendaklah kita syukuri. Dan kita perlu mengisi kemenangan itu dengan sebaiknya. Kita sudah biasa dengan kesusahan, kepayahan. Apabila diberi kemenangan, kita tidak boleh leka. Kita tidak boleh kufur dengan nikmat kemenangan yang dianugerahkan. Dan ingatlah sekiranya kita kufur, azab Allah itu terlalu pedih. Allah.

Sang Murabbi juga ada menyentuh tentang kita kisah sahabat bertanya pada Rasulullah dalam suatu peperangan. “bilakah kita akan menang?”

Yakinlah dan percayalah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangatlah dekat.

Firmannya, “ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.' (QS. al-Baqarah: 214)

Ya!Kita kena yakin kemenangan Islam itu sangat dekat. Allah telah menjanjikan kemenangan buat Islam. Yang penting kita hendaklah terus berusaha untuk memenangkan Islam.insyaAllah.

Sang Murabbi juga ada menukilkan kalam hikmah. tentang tugas kita sebagai hamba .Yang paling tinggi tugas kita sebagai hamba di muka bumi ini adalah menjadi khalifah adalah melaksanakan hukum-hukum Islam di atas muka bumi ini. Bagaimana untuk melaksanakan hukum ini? kita perlu kepada kuasa. Bukan kita terlalu mengimpikan jawatan, tetapi jawatan itu perlu untuk kita ke hadapan, memperjuangkan apa yang ingin kita perjuangkan yakni ISLAM

Sang Murabbi juga menjelaskan bahawa dasar dan perjuangan kita adalah ISLAM. Kita mahu Islam ditegakkan di tanah air kita. Kita mahu setiap yang mendiami bumi ini merasa sejahtera dengan Islam sesuai dengan maksud Islam itu sendiri. Yakni selamat, sejahtera. insyaAllah.

Sebagai ‘amiliin kata Murabbiku, kita mestilah sentiasa membaiki diri. Yakinlah Islam itu akan menang. Dan ia akan menang di tangan generasi yang terbaik. “Siapakah generasi yang terbaik itu?” beliau melontarkan pertanyaan kepada kami yang hadir. Jawabnya “Antumlah generasi terbaik itu. Islam akan menang di tangan generasi antum!” Allahu Akbar! Suatu cabaran, suatu amanah buat kita semua. amanah da'wah. tuntutan tarbiyyah.

sahabat...jangan pernah kita tinggal kerja da'wah ini~


Ketika mengimbau kembali perjuangannya bersama teman-teman terdahulu, (ada di antaranya telah kembali bertemu Dia yang Dicintai) kata murabbiku, mereka tidak menjangka kemenangan ini dianugerahkan lebih awal daripada jangkaan. Kuasa Allah. Kita merancang. Allah jua merancang. Namun, Allah lah sebaik2 Perancang. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengisi kemenangan ini. Dengan syariat dan dasar yang telah ditetapkan Rabb. insyaAllah akan tiba masanya nanti kita akan mengislamkan tanah air ini. insyaAllah.

Tegas Sang Murabbi, kerja buat kita juga haruslah selari dengan apa yang kita perjuangkan. Kerja kita harus tersusun dan berciri nafas panjang. Kita harus menjiwai perjuangan. Mengintima’kan diri dengan harakah Islamiyyah. Yang mempunyai tarbiyyahnya. Yang mempunyai manhajnya sendiri. Kalau sebelum ini kita mentarbiyyah ahli sekarang tanggungjawab kita untuk mentarbiyyah masyarakat; tarbiyyah ijtimaie.

Kita perlu benar dalam setiapa tindakan, lisan dan perbuatan. Yang kita mahu lahirkan adalah ahli harakah Islamiyyah yang asli bukan yang celup mahupun yang hanya mengikut-ikut.

Untaian-untaian nasihat Sang Murabbi begitu mendalam sekali. Allahu Rabbi. Beliau orang yang lama dalam perjuangan. Seorang Murabbi Tarbiyyah. Jatuh bangunnya bersama para pejuang lain adalah untuk memenangkan agama ini. Teringat kata-katanya lewat pertemuan kami. Jadikanlah diri kita HADIAH. Hadiahkan diri untuk perjuangan Islam. Bagaimana? Kita hendaklah mempersiapkan diri kita dari sekarang untuk perjuangan. Allahu Akbar.

Inilah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan buat sahabat-sahabat semua. Moga perkongsian yang sedikit ini bisa menyuntik semangat sahabat-sahabat untuk terus berjuang. Ayuh realisasikan GENERASI YANG TERBAIK itu. insyaAllah. Tentera-tentera Muhammad SAW dalam pembikinan. TAKBIR! ALLAHU AKBAR!


" Laulal Murabbi Ma'araftu Rabbi "

" Kalau tidak kerana guruku, tidak akan ku kenal siapa Tuhanku"

- Pepatah Arab -

 
::sebarkan da'wah.semarakkan ukhuwwah::

Saturday, June 11, 2011

Saat BersamaMU

Merindui saat bersamaMu Tuhan,

membuatkan aku terus-terusan berusaha mencariMu...


aku mengerti takkanlah begitu mudah jalan ini.


Mengapa begitu??

kerana syurga itu terlalu mahal harganya.

beribadah 700 tahun sekalipun....

takkan mampu melayakkan kaki ini

menjejak nikmat terindah itu.


aku mengerti..

aku tahu...

hanya dengan rahmat Mu Rabbku,

barulah setiap jiwa-jiwa yang penuh mengharap merasai,

menikmati, tenggelam dalam kebahagiaan hakiki itu......



ya Allah..susahnya bernafas dalam jiwa hamba...

peritnya penderitaan..

tapi disebalik itu, kutahu sebenarnya adalah keindahan Mu.

kemanisan...SubhanAllah.

betapa Agungnya diri Mu..

betapa indahnya diri Mu.

tidaklah sia-sia Engkau menjadikan,

mengaturkan hatta sehelai daun yg gugur adalah dalam pengetahuanMu...


jangan biarkan aku leka ya Allah...

teruslah pimpin hati ini dalam mendekatiMu..

keredhaanMu ya Allah cita-cita tertinggi.

matlamat abadi lagi suci ini biarlah terus tertusuk...

abadi dalam jiwa ini...


aku ingin sekali bahagia dalam nafas ikhlas jiwa hamba...

sememangnya itulah hakikat jiwa yg Kau miliki...



aku ingin tenggelam dalam cintaMu~

Wednesday, May 18, 2011

Ayuh Para MUHIBBIN!

 MAJLIS BERSAMA AL-HABIB SAYYID NAQJAMUDDIN DI PERWAJA, GURUN KEDAH



Salam mahabbah fillah buat semua para MUHIBBIN. Jom pakat mai ghamai2. ^_^ insyaAllah. selawat dan salam ke atas jasad paling mulia Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim. ayuh para MUHIBBIN sekalian ^_^ insyaAllah.
 
Tentatif:

- Muhibbin Berkumpul
- Solat Maghrib Berjemaah
- Solawat
- Bacaan al Quran
- Bacaan Mawlid
- Bacaan Qasidah
- Solat Isyak Berjemaah
- Ceramah

http://ummahberselawat.blogspot.com/

neh dy lokasi surau PERWAJA :)

NAK LAGI???? ^_^

PROGRAM MAHABBATUR RASUL D' BERTAM BERSAMA UMMAH BERSELAWAT 21 MEI 2011



Dijemput semua MUHIBBIN ke Majlis Mahabbatur Rasul di Masjid At Taqwa Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang pada 21 Mei 2011 (Sabtu). Untuk makluman Masjid Bertam adalah antara masjid yang paling aktif di Pulau Pinang. InsyaAllah Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel al Mahdaly bersama kumpulan Qasidah Syamsul Haq dan Kumpulan Ihya’ IPTB akan bersama para MUHIBBIN.

jom hidupkan hati dengan rasa mahabbah terindah buat baginda SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim. ayuh para MUHIBBIN sekalian. insyaAllah.


Tentatif adalah seperti berikut :

7.20 mlm
Muhibbin Berkumpul

7.30 mlm
Solat Maghrib Berjemaah

7.50 mlm
Bacaan al Quran

8.00 mlm
Bacaan Qasidah-qasidah Cinta Rasul

8.30 mlm
Bacaan Mawlid Ad Dibaie

8.45 mlm
Tausiah oleh Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel al Mahdaly

http://ummahberselawat.blogspot.com/


Lokasi Masjid At-Taqwa, Bertam :)

insyaAllah ayuh para MUHIBBIN kita bertemu di sana. insyaAllah pertemuan penuh barakah. menyemai mahabbaturRasul mahabbatuLlah. InsyaAllah. jom sebar-sebarkan. jom kita kenalkan sahabat-sahabat di luar sana tentang hiburan mendidik jiwa ini. dalam Islam pun ada hiburan kan? hiburan yang melahirkan rasa cinta padaNya dan RasulNya. hiburan yang bisa melembutkan hati yang keras. melenturkan jiwa yang tegar. menyinarkan sanubari yang pudar. insyaAllah.

:: sebarkan da'wah. semarakkan ukhuwwah ::

Monday, May 16, 2011

Sanah Helwah, ALONG :)

15 Mei 2011.
hari neh along da cukup 22.
hehe da besaq taw.
da tak leh nakal2. hehe

along.
sempena besday along.
ana doakan moga along selalu epi2.
bila along epi, ana lagi epi.
epily ever after. hehe.

moga along dikurniakn keberkatan umo.
dimurahkan rezeki.
dikurniakan kesihatan yang baek.
dilorongkan penyelesaian bagi setiap permasalahan.
insyaAllah. ameen~

lagi satu.
lagi satu.
dikekalkan jodoh yang baik.
dianugerahkan zuriat soleh solehah.
penyejuk mata.
penawar di jiwa.

juga.
dikurniakan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.
insyaALLAH hatta jannah.
ameen ya Rabb~

maaf ya atas segala salah silap
dan kekurangan diri ana.
sepanjang kita berkawan.

hehe.
ana sayang along kerana Allah.
sayang sgt2.
moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurga.
ameen~

^_^


salam sayang dari saya yang suke pink :)

Wednesday, May 11, 2011

Hari Penuh Barakah :)

Salam mawaddah terindah buat para pencintaNya dan pencinta kekasihNya, sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad SAW. Saya mulakan entry kali ini dengan pujian yang tidak terhingga buatNya yang memberi peluang dan ruang kepada kami untuk merasai hangatnya rasa mahabbaturrasul. mahabbatullah. insyaAllah. Allahu Akbar.


Hari ini. 10/05/2011. 2 jamadilakhir 1433 H.
Hari yang penuh barakah.
Langit bersinar cerah
Bintang tersenyum indah.
Turut sama mengalunkan qasidah.
Tenggelam dalam asyiknya cinta
Kepada Sang Kekasih. Jasad yang paling mulia,
Rasulullah SAW.


Alhamdulillah. Bumi tarbiah bainun hari ini dikunjungi sekali oleh lagi oleh Asy-Syeikh Rohimuddin An-Nawawi A-Bentani. Teringat kunjungan kali pertama Syeikh tahun lalu ke sini. dan alhamdulillah kami berpeluang lagi bertemu jasad. bersua muka. alhamdulillah. peluang dan ruang bersama mereka yang dekat dengan Allah ini tidak kami persiakan. Subhnallah Walhamdulillah Walailahaillallah WallahuAkbar. terima kasih ya Allah atas pertemuan penuh barakah ini. Allah.


Majlis dimulakan pada petang ini di Surau Al-Ghazali. Syeikh mensyarahkan ilmu tauhid melalui kitab Pengantar Ilmu Tauhid. masyaAllah begitu halus sekali Syeikh menghuraikan sifat 20 Allah itu satu persatu. Tentang sifat Ma’aninya. Sifat SalbiyyahNya. Sifat NafsiyyahNya. Menurut Syeikh, daripada sifat 20 Allah itu, terdapat sifat yang dinamakan Sifat Salbiyyah yakni sifat Allah yang mutlak dan tiada pada makhluk seperti Qidam (sediakala), Baqa' (kekal), Mukhalafah lil hawadith (menyalahi dgn benda yg baharu), Qiyamuhu binafsih (berdiri dengan sendiri), Wahdaniah (Esa/tunggal).


Selesai kuliah dan pengijzahan kitab, kami solat maghrib berjemaah di Al-Ghazali. Usai solat, kami semua ke dewan besar untuk meraikan rasa cinta kepada baginda SAW melalui malam mahabbah rasul dan pelancaran buku qasidah. Allahu Akbar. Hidangan halwa telinga. Bait-bait qasidah memuji baginda. Menusuk-nusuk rasa kerinduan yang teramat kepada Sang Kekasih. Air mata mengalir deras. Hati seperti ditusuk besi. Sakitnya menanggung kerinduan. Merindukan pertemuan denganmu Nabi. Adakah dirimu sudi memandang kami yang mengaku cintakanmu tetapi amal perbuatan masih belum membuktikan? Allah T_T


Para mujahid sedang mengalunkan qasidah..... BAINUN MAULID ESSEMBLE

Bergetar urat nadi. Berdebar rasa hati tatkala alunan-alunan qasidah berkumandang. Air mata tidak tertahan-tahan lagi. Ya Rasulullah. rindunya dirimu dengan pertemuan dengan umatmu. tetapi bagaimana dengan kami ya Rasulullah? engkau begitu mencintai kami. merindui kami. sehinggakan para sahabat jua cemburu kerana kasihnya dirimu terhadap kami semua. Allah.


Pada malam ini juga syeikh berkenan melancarkan buku qasidah pertama keluaran BKS IPG KTB. alhamdulillah. jelas kelihatan manik-manik jernih di pelupuk mata beliau. beliau sgt-sgt terharu kerana adanya usaha-usaha sebegini untuk meletakkan hiburan jiwa yakni qasidah2 memuji baginda SAW dari sosok-sosok pemuda. Allah.

air mata Sang Guru...

pelancaran buku qasidah PENAWAR RINDU~

Pada malam ini juga Syeikh telah menamakan kumpulan qasidah IPG KTB dengan nama Ihya'. Allahu Akbar. semoga bisa menghidupkan hati-hati yang mendengarnya untuk terus mencintai baginda SAW serta mengamalkan ajaran baginda. moga ia juga bisa melembutkan hati yang keras. melenturkan jiwa yang tegar. insyaAllah.


BAINUN MAULID ESSEMBLE kini........ AL-IHYA' MAULID ESSEMBLE :)

Majlis berakhir kira-kira pukul 11 malam. Usai solat isyak. Buku penawar rindu segera dicapai. Perlahan-lahan bibir mengalunkan bait-bait cinta kepada Baginda. Hanya beberapa bait, air mata kian deras membasahi pipi. Hati dirasakan dirobek-robek sembilu rindu. Rasulullah. Aku rindu. Sungguh aku rindu. Jari-jemari ditarikan di papan kekunci.


ingin kukongsikan rasa ini buat mereka yang tidak bersama. facebook di'log in'. status di'post'. wall2 di facebook sesak dengan luahan rasa rindu, cinta pada baginda SAW. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana berpeluang bersama-sama dalam majlis yang penuh keberkatan ini.

saya turut meluahkan rasa itu.

~tenggelam dlm hangatnya cinta kpdNya dan cinta kekasihNya, Rasulullah SAW. saksikanlah ya Allah kami berkumpul pd malam ini dgn rasa kerinduan yg teramat sgt kpd kekasihMu, Muhammad SAW. biar kering sekalipun air mata ini, biar luluh sekalipun hati ini, masih belum dpt membalas jerih perih yg dilalui baginda untuk umatnya yg dicintai. sungguh kami rindu T_T~
 [malam mahabbah rasul & pelancaran buku qasidah 10/5/2011]


PENAWAR RINDU........buatmu, Rasulullah SAW

Saturday, May 07, 2011

Kata Ustaz Guru Tu Mcm Petani :)

salam perjuangan buat para du'at kekasih Allah. apa khabar imanmu? bagaimana dengan mutabaahmu? moga terus dikuatkan hati dan dikentalkan jiwa untuk terus bermujahadah melawan kehendak nafsu yang cenderung kepada mazmumah. insyaAllah.


minggu2 akhir sem neh pelajar sem5 agak sibuk.
fail2 ISL.kehendak2 MQA.preparation for the next Exam.
barang2 nak dibawa ke rumah sewa.

juga taklifat yang sentiasa tergalas.
anak-anak binaan usrah.
gerak kerja da'wah dan tarbiyyah.
sibuk je memanjang. haih.
apalah yang dikisahkan sangat dengan kesibukan di dunia sementara neh.
jika nak dibandingkan dengan kerehatan yang berpanjangan di akhirat sana. Allah.

semasa duk kemas2 fail,brg2.
tiba-tiba sehelai kertas A4 terkeluar dari fail.
cam nota kuliah pun ada.
ya nota kuliah ARAB tapi dirojakkan dengan tulisan RUMI. haih.
boleh plak gtu >_<'

cmna ea nk gambarkan sai nota tu (perlu ke?)


xdela smpy xtreme cm nota neh.haih

ape2 je la. back to the story.

mata saya tertarik pada bait-bait coretan di nota kuliah tu.
(jadi pjg sket sebab sy elaborate :) )


guru ini seperti petani.
dan anak murid itu seperti biji benih.

petani menyemai biji benih di tanah yang subur.
petani menjaga.membaja,menyiram biji benih.
agar kelak bercambah menjadi pokok yang baik.berguna.

begitu juga guru.

guru membentuk murid-murid di sekolah.
guru mengajar.mendidik.menunjukkan salah betul kepada murid-murid.
agar kelak membesar menjadi insan yang baik.berguna.

(berbalik kepada petani)

apabila biji benih tadi mula bercambah menjadi pokok
timbul ujian dan cabaran lain
serangan serangga perosak.
rumput rampai yang menghalang tumbesaran yang baik.

petani segera mencari penawar
untuk menghapuskan serangan perosak.
mencabut rumput-rampai yang kian meliar.
agar poko itu dapat terus bercambah dengan baik
dan hidup subur.

begitu juga guru.

apabila anak murid yang dididik mula dibentuk
timbul ujian dan cabaran lain
serangan anasir2 luar.
masalah sosial.hedonisme
yang cuba menghalang pembentukan yang baik.

guru segera mencari penawar
untuk menghalang ia dari terus membarah
nasihat yang baik. sokongan yang berterusan.
membawa murid ke pangkal jalan
agar murid itu dapat terus membesar dengan akhlak yang baik.



Allah. besar tanggungjawab guru kan? tidak kira
guru ka, ustazah ka, ustaz ka, teacher ka. sir ka.
its bring the same meaning.
also the same responsibility, rite?

tugas guru bukan hanya mendidik. mengajar.
tetapi guru itu membentuk adab, mentarbiyyah,
membawa murid dekat dengan Pencipta :)

Rasulullah SAW sendiri seorang 'guru'.
hasil tarbiyyah secara langsung dari Allah.
baginda mentarbiyyah para sahabat.
dan proses ini berterusan sehingga ke hari ini.

jom contohi baginda Rasulullah SAW dalam mendidik :)
InsyaAllah.

teristimewa buat ust Bahasa Arab sy, ust Rahim:

terima kaseh atas pencerahan dan analogi guru itu.
sungguh saya belajar sesuatu.

nak jadi ustazah yang baek untuk mujahid2 dan mujahidah2 kecil saya nanti.


bolehkah? insyaAllah. doakan saya ya sahabat2 ^_^



Tuesday, May 03, 2011

Bicara Sosok2 Matang :)

salam mahabbah fillah duhai ansarullah, kekasih Allah. berbicara lagi kita di ruang maya ini. ruang yang mendekatkan kita yang jauh. dan merapatkan yang dekat. apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan? apa cerita teman-teman sepermainan? moga terus dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan dan urusan. insyaAllah. :)

entry ini dimulakan. bismillah :)

petang yang indah.
langit yang cerah.
bicara hikmah.
mengukir senyuman yang tak sudah.

^_^

alkisah~~~~

petang neh along ajak makan kat luaq.
depan maktab je ^_^
pas order makanan cm besa.
sebat kopok ikan dulu. sedap~~~

hehe. ateh mula bicara.
tikah menambah.
along memurnikan lagi.
tips menjaga penampilan diri.mahar.mas awen.hantaran.
(dalam hati: matangnya depa neh..hehe)

 alhamdulillah.
 dengar khabar ramai bakal mengakhiri zaman bujang.
tahun depan. insyaAllah.
ya Allah permudahkanlah urusan mereka.
insyaAllah buat diri juga.
ameen~ ^_^'


...............korum bertambah....................


qila dan adeq singgah makan sekali.
baru selesai uruskan keje2 binding INTEL.

perbincangan kian rancak.
walimah.barang kemas.
dinar masa depan.dirham permulaan.
matang.matang.




(cenyum saya memerhati..hehe)


saya pun rancak gak.
rancak makan.
tak berapa pandai nak menyampuk.
kena berguru lagi neh.hehe.
^_^'

tumpang gembira.
saya?
belum ada perancangan.
keje dulu kot.
saya belum ada gaji sendiri.
mak ayah lum pi haji.
adeq2 lum beh ngaji ^_^

doa saya.
buat diri dan sahabat2 dikasihi.
moga Allah permudahkan urusan jodoh ini.
DIA lebih tahu apa yang terbaek buat kami.
insyaAllah.


nak quote kata-kata yang saya suka. buat renungan kita bersama ya ^_^ :


Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI...


insyaAllah. buat mereka yang telah mengakhiri zaman bujang moga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurgaNya. ameen~ moga dikurniakan sakinah. mawaddah wa rahmah dalam melayari bahtera bersama.^_^ ameen~
buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga ^_^ tahniah. jangan lupa jemput saya taw. nak mek keberkatan. hehe. moga rumah tangga yang dibina mendapat redhaNya dan menambah rasa cinta kepada Sang Pencipta Cinta. insyaAllah ^_^ ameen~

Tuesday, April 26, 2011

Gelombang Keadilan :)

ukhuwwah berpanjangan..tarbiyyah berterusan :)

Bernafas kembali di alam maya. Kesibukan praktikum, UAK, Dsyifa’ mengekang sedikit diri ini dari menarikan jari-jemari di papan kekunci.


Usai pulang dari kem nuqaba’ adik2 Al-Mashoor.
Kesibukan, kesempitan waktu yang ada sedaya upaya cuba diinfa’kan untuk berkhidmat. Subhanallah. Kagum saya pada sahabat2 seperjuangan. Bersengkang mata, berhabis tenaga untuk mencurahkan ilmu yang dimiliki buat perkongsian adik2 nanti. :)


Walaupun tidak dapat mengikuti kem sepenuhnya, tetapi waktu yang sepicing bersama mereka tetap melakarkan kenangan yang abadi.


Hehe. Tiba di sana.
Mula menyibukkan diri yang tidak sibuk ;’p


Download video untuk slot muhasabah
Lekat dan susun replika batu nisan
Bawa lilin tyme keranda ‘dijalankan’. ~_~


Hehe. Pun begitu, seronok sangat .
Menghabiskan hujung minggu bersama bakal-bakal mujahidah
Penyeri syurga Allah.


sosok mujahidah harapan ummah..insyaAllah


Sayu hati ketika hendak ‘berpisah’.
Tiba-tiba telinga saya menangkap satu lagu latar yang dipasang ketika kami bersalaman..salam mahabbah fillah.. insyaAllah..


Gelombang Keadilan dari Shoutul Harakah.

Menaikkan semangat para mujahid.
 Peninggi kalimah thoyyibah.. Lailahaillallah
Allahu Akbar!


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati


Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera


Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga 



*******************************************************************************


Terasa getaran di setiap urat nadi saya saat lagu ini berkumandang. Para mujahid dan mujahidah yang melalui satu proses yang dinamakan TARBIYYAH takkan gentar untuk menegakkan kebenaran. Di hatinya ada DIA. Hanya kepada DIA diri diabdikan dan hanya kepada DIA pertolongan dan rayuan dizahirkan. Subhanallah.


“JANJI ALLAH ITU PASTI”


Yakinlah kemenangan mutlak itu tetap milik Islam. Dalam meraih kemenangan itu, kita sedang dinilai olehNya adakah ada di antara kita yang benar2 mahu Islam itu diletakkan di atas. Bagaimana? Bersatulah. Atas nama satu ‘aqidah.satu anutan.satu Tuhan.satu perjuangan. insyaAllah :) Takbir!

Tuesday, April 12, 2011

Sukanya Menjadi Guru :)

Institut Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Kerana Set Induksi :)


"Esok ustazah nak tengok pengajaran berpasangan kamu."

 ~ terngiang2 kata2 guru pembimbing saya kepada saya dan husna.
alamak nak mengajar apa neh? RPH dan borang2 bnyak lagi nk disetelkan.

tup.tup dapat lak panggilan dari ustaz zambri, pensyarah pembimbing kami.

 "esok kalau xde hal, ust nak mai tengok kamu."

hadoi 2 in 1 lagi. bersedialah.......huhu

fikir punya fikir. check jadual. mahu tidak mahu kami akan mengajar Tahun 6D, kelas paling bijak kat sekolah tu. oh. BERSYUKURNYA. ~_~ huhu (dalam hati risaunya jika dah xde modai nk goreng dlm pengajaran nnti sebab TERLALU BIJAK)

setel check semua, nmpaknya kami akan mengajar "Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar". sudah..nk buat induksi apa neh?


3D ? Seminggu kot baru leh siap..
2D ? memang benda wajib. tapi kat langkah pengajaran nnt la..
Video? Nak tayang kat mana? ada white board putih bersih je lam kelas tu.. LCD xd..
Puzzle? da berapa kali da asik men benda tu. haih. depa da boleh hafal da step tu T_T
bawak depa p tengak sungai? banyakla wak punya 'idea bernas' cik penulis uii


ahha...... lagu alam sekitar!!! cam CARE pasang kat dewan dulu tu. cam ringtone encet aqilah tu... :) TETAPI...... speaker cm na ea? xde la pulak..husna pom xde..

okes. malam neh p intai kat econsave~ o yea~



lalalalalalalalalalalala~ (ngah berjalan2 kat econsave). wow! wow! wow!
wafer,jagung cup,yogurt..nyummy (nampaknya niat asal mula melencong dari landasan...hadoii)


okes.perbtui balik niat. sampai kat kedai komputer.

'abg, speaker ada x?" <----- soklan pe neh. yang berlambak depan mata tu apa? len la kalo tanya sayur ada ke x, basikal ade ke x? ferrari ke. mesti xdan beh soklan, dy sapu keluar dah dari kedai. haih.

"ada..ada..tu kat rak" sabaqnya abg tu. maklumlah customer first. eh. customer always right.eh. apa2 je la...

mata mula melilau-lilau sana sini. mak aiiiiiiii....dekat seratus kot. neh speaker komputer ke speaker balai raya neh. seratus tu. boleh beli 2 set RFC Family kot. dah tu dapat tupperware raya free lagi.warna ungu. (dengan kaler lagi tuh 8-) )


(agak2la..kalau pakai speaker segala bagai gini, leh dpt full mark x tyme observe??? hehe)


xpa.xpa. mata menangkap pada satu speaker. kecik dan comel. arap2 da kecik lagi murah. hehe :) apalagi terus pi tanya harganya. bajet nak beli la.

yang neh 50 henget... trr~ 50 hengget? miau~ berapa pinggan nasik goreng kampung+telor mata leh beli neh? siap leh tambah ngan keropok ikan lagi.. (kedai depan maktab..cuba la rasa..sedap)

haih. kembali ke pangkal jalan. 50 hengget..hurm xberapa mampu la.. xde ke yang 15 hengget ke 20 hengget ke..huhu (neh bukan pasaq malam la.haih)

keputusannya xjadi beli. sob.sob. hadoi. nak wat set induksi apa neh? lagu tu je yang termampu pom.

balik umah husna. tiba-tiba teringat. hurm cuba tanya kak j-qaf tengok kot2 depa ada. leh pinjam kejap. nombor segera didail.

........................... beberapa minit kemudian .............................

:'( e'eh salah ikon la.. :') hehehe alhamdulillah ada..terima kaseh ya Allah yang memudahkan urusan kami. tiadalah daya kami atas segala sesuatu..

okes plan diteruskan. laptop di'on'. broadband di'cucuk'. mr google memainkan peranan. pas baton kepada mr youtube. real player download. alhamdulillah :)

................................................................................................................

neh dia lagunya :) yuk sama2 dendangkan..syaratnya mesti dengan penghayatan baru ada class :) 

Indah Bumi Kita - Mirwana & Shahidan


Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir

Hijaunya nusantara
Menyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa


Tetapi oh mengapa
Ada saja balanya
Cemari bumi ini
Indahnya dikotori


Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dicemari
Keindahan bumi tak lagi dinodai

Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir


Hijaunya nusantara
Menyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa


Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dicemari

Jangan hancurkan
Sayangi bumi kita
Hanya satu satunya
Biar terpelihara

Indah permai bumi kita
Damai sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang mendesir

Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi Tak lagi dicemari
Keindahan bumi Tak lagi dinodai
Keindahan bumi tak lagi dicemari
Keindahan bumi tak lagi dinodai


...................................................................................................................

alhamdulillah. selesai sudah pengajaran kami pada hari ini. yang penting murid-murid dapat menghayati mengapakah kita perlu beradab dengan alam. menjaga kebersihan sungai, alam sekitar. ia adalah anugerah Allah buat kita. tidak mahukah kita menjadi hambaNya yang bersyukur? Allah.