:: Salam Perjuangan ::

Thursday, June 16, 2011

Kalam Sang Murabbi :)

Salam’alaik sahabat2 yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi. insyaAllah. ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat? Bagaimana dengan cuti yang masih berbaki? Moga terisi dengan perkara2 khairat. insyaAllah.

Untuk entry kali ini, suka sekali saya ingin berkongsi sdikit taujihat dan nasihat daripada seorang murabbi yang saya sgt kagumi. Pertemuan dengannya semalam kembali menyuntik semangat untuk terus mengintima’kan diri di atas jalan juang ini. Allahu Akbar.

murabbi itu~

Sang Murabbi memulakan taujihatnya dengan membaca ayat ketujuh dari surah Ibrahim, mafhumnya “Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya, barangsiapa yang kufur maka baginya azab yang pedih”.

Allahu Akbar. Katanya, kemenangan yang kita kecapi hari ini hendaklah kita syukuri. Dan kita perlu mengisi kemenangan itu dengan sebaiknya. Kita sudah biasa dengan kesusahan, kepayahan. Apabila diberi kemenangan, kita tidak boleh leka. Kita tidak boleh kufur dengan nikmat kemenangan yang dianugerahkan. Dan ingatlah sekiranya kita kufur, azab Allah itu terlalu pedih. Allah.

Sang Murabbi juga ada menyentuh tentang kita kisah sahabat bertanya pada Rasulullah dalam suatu peperangan. “bilakah kita akan menang?”

Yakinlah dan percayalah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangatlah dekat.

Firmannya, “ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.' (QS. al-Baqarah: 214)

Ya!Kita kena yakin kemenangan Islam itu sangat dekat. Allah telah menjanjikan kemenangan buat Islam. Yang penting kita hendaklah terus berusaha untuk memenangkan Islam.insyaAllah.

Sang Murabbi juga ada menukilkan kalam hikmah. tentang tugas kita sebagai hamba .Yang paling tinggi tugas kita sebagai hamba di muka bumi ini adalah menjadi khalifah adalah melaksanakan hukum-hukum Islam di atas muka bumi ini. Bagaimana untuk melaksanakan hukum ini? kita perlu kepada kuasa. Bukan kita terlalu mengimpikan jawatan, tetapi jawatan itu perlu untuk kita ke hadapan, memperjuangkan apa yang ingin kita perjuangkan yakni ISLAM

Sang Murabbi juga menjelaskan bahawa dasar dan perjuangan kita adalah ISLAM. Kita mahu Islam ditegakkan di tanah air kita. Kita mahu setiap yang mendiami bumi ini merasa sejahtera dengan Islam sesuai dengan maksud Islam itu sendiri. Yakni selamat, sejahtera. insyaAllah.

Sebagai ‘amiliin kata Murabbiku, kita mestilah sentiasa membaiki diri. Yakinlah Islam itu akan menang. Dan ia akan menang di tangan generasi yang terbaik. “Siapakah generasi yang terbaik itu?” beliau melontarkan pertanyaan kepada kami yang hadir. Jawabnya “Antumlah generasi terbaik itu. Islam akan menang di tangan generasi antum!” Allahu Akbar! Suatu cabaran, suatu amanah buat kita semua. amanah da'wah. tuntutan tarbiyyah.

sahabat...jangan pernah kita tinggal kerja da'wah ini~


Ketika mengimbau kembali perjuangannya bersama teman-teman terdahulu, (ada di antaranya telah kembali bertemu Dia yang Dicintai) kata murabbiku, mereka tidak menjangka kemenangan ini dianugerahkan lebih awal daripada jangkaan. Kuasa Allah. Kita merancang. Allah jua merancang. Namun, Allah lah sebaik2 Perancang. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengisi kemenangan ini. Dengan syariat dan dasar yang telah ditetapkan Rabb. insyaAllah akan tiba masanya nanti kita akan mengislamkan tanah air ini. insyaAllah.

Tegas Sang Murabbi, kerja buat kita juga haruslah selari dengan apa yang kita perjuangkan. Kerja kita harus tersusun dan berciri nafas panjang. Kita harus menjiwai perjuangan. Mengintima’kan diri dengan harakah Islamiyyah. Yang mempunyai tarbiyyahnya. Yang mempunyai manhajnya sendiri. Kalau sebelum ini kita mentarbiyyah ahli sekarang tanggungjawab kita untuk mentarbiyyah masyarakat; tarbiyyah ijtimaie.

Kita perlu benar dalam setiapa tindakan, lisan dan perbuatan. Yang kita mahu lahirkan adalah ahli harakah Islamiyyah yang asli bukan yang celup mahupun yang hanya mengikut-ikut.

Untaian-untaian nasihat Sang Murabbi begitu mendalam sekali. Allahu Rabbi. Beliau orang yang lama dalam perjuangan. Seorang Murabbi Tarbiyyah. Jatuh bangunnya bersama para pejuang lain adalah untuk memenangkan agama ini. Teringat kata-katanya lewat pertemuan kami. Jadikanlah diri kita HADIAH. Hadiahkan diri untuk perjuangan Islam. Bagaimana? Kita hendaklah mempersiapkan diri kita dari sekarang untuk perjuangan. Allahu Akbar.

Inilah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan buat sahabat-sahabat semua. Moga perkongsian yang sedikit ini bisa menyuntik semangat sahabat-sahabat untuk terus berjuang. Ayuh realisasikan GENERASI YANG TERBAIK itu. insyaAllah. Tentera-tentera Muhammad SAW dalam pembikinan. TAKBIR! ALLAHU AKBAR!


" Laulal Murabbi Ma'araftu Rabbi "

" Kalau tidak kerana guruku, tidak akan ku kenal siapa Tuhanku"

- Pepatah Arab -

 
::sebarkan da'wah.semarakkan ukhuwwah::

No comments: