:: Salam Perjuangan ::

Wednesday, May 11, 2011

Hari Penuh Barakah :)

Salam mawaddah terindah buat para pencintaNya dan pencinta kekasihNya, sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad SAW. Saya mulakan entry kali ini dengan pujian yang tidak terhingga buatNya yang memberi peluang dan ruang kepada kami untuk merasai hangatnya rasa mahabbaturrasul. mahabbatullah. insyaAllah. Allahu Akbar.


Hari ini. 10/05/2011. 2 jamadilakhir 1433 H.
Hari yang penuh barakah.
Langit bersinar cerah
Bintang tersenyum indah.
Turut sama mengalunkan qasidah.
Tenggelam dalam asyiknya cinta
Kepada Sang Kekasih. Jasad yang paling mulia,
Rasulullah SAW.


Alhamdulillah. Bumi tarbiah bainun hari ini dikunjungi sekali oleh lagi oleh Asy-Syeikh Rohimuddin An-Nawawi A-Bentani. Teringat kunjungan kali pertama Syeikh tahun lalu ke sini. dan alhamdulillah kami berpeluang lagi bertemu jasad. bersua muka. alhamdulillah. peluang dan ruang bersama mereka yang dekat dengan Allah ini tidak kami persiakan. Subhnallah Walhamdulillah Walailahaillallah WallahuAkbar. terima kasih ya Allah atas pertemuan penuh barakah ini. Allah.


Majlis dimulakan pada petang ini di Surau Al-Ghazali. Syeikh mensyarahkan ilmu tauhid melalui kitab Pengantar Ilmu Tauhid. masyaAllah begitu halus sekali Syeikh menghuraikan sifat 20 Allah itu satu persatu. Tentang sifat Ma’aninya. Sifat SalbiyyahNya. Sifat NafsiyyahNya. Menurut Syeikh, daripada sifat 20 Allah itu, terdapat sifat yang dinamakan Sifat Salbiyyah yakni sifat Allah yang mutlak dan tiada pada makhluk seperti Qidam (sediakala), Baqa' (kekal), Mukhalafah lil hawadith (menyalahi dgn benda yg baharu), Qiyamuhu binafsih (berdiri dengan sendiri), Wahdaniah (Esa/tunggal).


Selesai kuliah dan pengijzahan kitab, kami solat maghrib berjemaah di Al-Ghazali. Usai solat, kami semua ke dewan besar untuk meraikan rasa cinta kepada baginda SAW melalui malam mahabbah rasul dan pelancaran buku qasidah. Allahu Akbar. Hidangan halwa telinga. Bait-bait qasidah memuji baginda. Menusuk-nusuk rasa kerinduan yang teramat kepada Sang Kekasih. Air mata mengalir deras. Hati seperti ditusuk besi. Sakitnya menanggung kerinduan. Merindukan pertemuan denganmu Nabi. Adakah dirimu sudi memandang kami yang mengaku cintakanmu tetapi amal perbuatan masih belum membuktikan? Allah T_T


Para mujahid sedang mengalunkan qasidah..... BAINUN MAULID ESSEMBLE

Bergetar urat nadi. Berdebar rasa hati tatkala alunan-alunan qasidah berkumandang. Air mata tidak tertahan-tahan lagi. Ya Rasulullah. rindunya dirimu dengan pertemuan dengan umatmu. tetapi bagaimana dengan kami ya Rasulullah? engkau begitu mencintai kami. merindui kami. sehinggakan para sahabat jua cemburu kerana kasihnya dirimu terhadap kami semua. Allah.


Pada malam ini juga syeikh berkenan melancarkan buku qasidah pertama keluaran BKS IPG KTB. alhamdulillah. jelas kelihatan manik-manik jernih di pelupuk mata beliau. beliau sgt-sgt terharu kerana adanya usaha-usaha sebegini untuk meletakkan hiburan jiwa yakni qasidah2 memuji baginda SAW dari sosok-sosok pemuda. Allah.

air mata Sang Guru...

pelancaran buku qasidah PENAWAR RINDU~

Pada malam ini juga Syeikh telah menamakan kumpulan qasidah IPG KTB dengan nama Ihya'. Allahu Akbar. semoga bisa menghidupkan hati-hati yang mendengarnya untuk terus mencintai baginda SAW serta mengamalkan ajaran baginda. moga ia juga bisa melembutkan hati yang keras. melenturkan jiwa yang tegar. insyaAllah.


BAINUN MAULID ESSEMBLE kini........ AL-IHYA' MAULID ESSEMBLE :)

Majlis berakhir kira-kira pukul 11 malam. Usai solat isyak. Buku penawar rindu segera dicapai. Perlahan-lahan bibir mengalunkan bait-bait cinta kepada Baginda. Hanya beberapa bait, air mata kian deras membasahi pipi. Hati dirasakan dirobek-robek sembilu rindu. Rasulullah. Aku rindu. Sungguh aku rindu. Jari-jemari ditarikan di papan kekunci.


ingin kukongsikan rasa ini buat mereka yang tidak bersama. facebook di'log in'. status di'post'. wall2 di facebook sesak dengan luahan rasa rindu, cinta pada baginda SAW. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana berpeluang bersama-sama dalam majlis yang penuh keberkatan ini.

saya turut meluahkan rasa itu.

~tenggelam dlm hangatnya cinta kpdNya dan cinta kekasihNya, Rasulullah SAW. saksikanlah ya Allah kami berkumpul pd malam ini dgn rasa kerinduan yg teramat sgt kpd kekasihMu, Muhammad SAW. biar kering sekalipun air mata ini, biar luluh sekalipun hati ini, masih belum dpt membalas jerih perih yg dilalui baginda untuk umatnya yg dicintai. sungguh kami rindu T_T~
 [malam mahabbah rasul & pelancaran buku qasidah 10/5/2011]


PENAWAR RINDU........buatmu, Rasulullah SAW

No comments: