:: Salam Perjuangan ::

Thursday, March 11, 2010

Rindu keranaMu


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Zat Yang Maha Mulia, Zat Yang Maha Mencipta segalanya; baik di langit mahupun di bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, penghulu para anbia’, dengan pengorbanan dan jerih perih baginda Nabi, saya berpeluang mengecapi nikmatnya Iman dan Islam, para sahabat Baginda, yang ithar mereka sentiasa mengundang kekaguman di hati saya, tabi’in, tabi’ tabi’in, pejuang-pejuang agama Allah, para mukmin mujahid, mukminah mujahidah yang menjadi mata rantai perjuangan Islam, menegakkan kalimah thoiyyibah di muka bumi ini. Rahmat Allah buat semua. InsyaAllah.

Hari ini saya begitu rindukan adeq…secara zahir…adeq jauh sangat dari saya..jauhnya bkn 3,4 kilometer…tetapi jauhnya beribu batu...nun di Coventry sana..hati sedih..rasa sakit.. inilah ujian yang maha hebat untuk saya..sekejap sahaja, dah tiba masa untuk berpisah.. namun saya kena yakin setiap apa yang Allah takdirkan ada hikmahNya yang agung..Allah telah memujuk kita dengan ayat-ayatNya..

“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ‘kami telah beriman ‘ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Alah mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta”
                                                                                                              (Surah Al-Ankabut:  ayat2-3)




Teringat nasihat seorang sahabat..”penolong-penolong agama Allah kene kuat..xbleh lemah gitu sahaja”..huhu..Inilah pengorbanan yang perlu saya lalui…adeq g sana nk menuntut ilmu…jadi, saya perlu redha..perancanganNya begitu sempurna..kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya baik untuk diri kita melainkan kita meletakkan pergantungan kita seratus-peratus (bkn 56% ke 99.9 % ke) kepadaNYA….

Dalam firmanNya:

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”

                                                                                                                     (Surah Al-Baqarah: ayat 216)

Kita akan nampak hikmah-hikmah yang bakal tersingkap..insyaAllah..mungkin sekarang..mungkin beberapa tahun akan datang..wallahu’alam…kadang-kadang terfikir juga..ujian Allah neh datang dalam pelbagai bentuk..untuk apa semua ini? Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..ujian..mehnah..semuanya kerana Allah rindu nak dengar suara kita mengadu padanya..isk..isk...ya Allah..aku juga rindu utk merintih padaMu.. :.’(

Merindu dari:
~Halaman Hati~

:: Asleh Nafsak, Wad'u Ghairoh :: 

No comments: